BREAKING NEWS

PERTANDINGAN MISS WORLD AKAN DIHALALKAN DI MALAYSIA.. TAHNIAH JAWI!!!


Empat gadis Islam yang merupakan finalis Miss Malaysia World 2013 sebelum digugurkan penyertaan mereka, berkemungkinan besar akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkembangan terbaru ini disahkan sendiri Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali setelah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim pada Khamis.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan. Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013."

Bagaimanapun, pihak penganjur belum dapat membuat keputusan rasmi kerana masih menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusan dari pihaknya yang dijangka akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa minggu depan.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan."

Sebagai makluman, pertandingan peringkat akhir Miss World tahun 2013 akan diadakan di negara jiran, Indonesia, manakala nama empat gadis Islam yang digugurkan itu ialah Wafa Johanna De Korte, Sara Amelia Muhammad Bernard, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan - mStar.


p/s: Tak sangka rupanya JAWI ni pun flip flop jugakk... Puiiii!!!

4 ulasan :

  1. Ini mungkin campur tangan Najib dan sekutunya seperti Hishammuddin dan Nazri Aziz yang sikit-sikit hak asasi manusia. Sekarang Najib dan kuncu-kuncunya memang nak melingkupkan orang-orang Melayu, apa lagi semua, dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini, terutama masa pemilihan peringkat cawangan dan bahagian, sila buat tuntutan supaya Najib berundur dan jika dia masih berdegil, sila calonkan pemimpin lain dan ketika ini hanyalah Tan Sri Muhyiddin sahaja yang sesuai untuk menggantikan Najib untuk menjadi Presiden UMNO yang baru.

    Najib memang mengutamakan golongan Cinabeng DAP, apa saja yang puak Cinabeng hendak semua Najib luluskan, hinggakan dalam isu akta hasutan, Datuk Seri Zahid Hamidi mungkin telah diberikan ugutan yang zalim supaya tidak mempertahankan akta hasutan dan menerima akta keharmonian najib yang menggalakan puak Cinabeng menghina Islam dan memperkotak katikkan bumiputera.

    Ingatlah semua ahli UMNO dan orang ramai sekalian, ini bukan salah JAWI, tapi campur tangan pimpinan seperti Najib dan kuncu-kuncunya inilah penyebabnya. Sebagai pembalasannya, dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini, kita tumbangkan Najib untuk menyelamatkan Islam, Malaysia, bumiputera, Barisan Nasional dan UMNO dari dikhianati oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Sekian, terima kasih.

    Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    BalasPadam
  2. Hai!! JAWI pun sudah kena pukau, mungkin suruh pakai pakaian yang menutup aurat,kena liberal lah sikit, hak asasi,SIS backing kuat. Hai!! apa lah nak jadi.

    BalasPadam
  3. Pengarah JAWI kata berita ni palsu. Takde tarik balik. Fitnah.

    BalasPadam
  4. yang pengkomen no satu pun palsu,

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online