BREAKING NEWS

HOT!!! SHAM KAMIKAZE KENA BANTAI DALAM FESBUK.


Malang menimpa nasib Sham Kamikaze apabila beliau telah dihentam kerana slot ceramahnya di TV Al-Hijrah yang dilihat langsung tidak sependapat dengan pandangan pendengar.

Sham Kamikaze yang mengisi slot tazkirah yang bertajuk Hadiah Kepada Si Mati telah mengemukakan hujjah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada Si mati.

Bekas pemain gitar kumpulan rock ini menyatakan...,

"Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum.."

Berikutan itu, bekas artis ini telah mula dihujani kata cacian oleh ramai pelayar siber yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut didalam laman Facebook beliau.

Dibawah adalah rakaman ceramah Sham Kamikaze yang menimbulkan kontroversi tersebut.

9 ulasan :

  1. Maaf saya kenal Sham Rocker. X tahu pulak dia baca AUUZUBILLAH..ADA ALI PULAK.
    SYIAH Kah ini. Cuba dengar lagi, saya salah dengar kah atau ilmu saya tak cukup. maaf lah yaa

    BalasPadam
  2. Yup..ada "ALI". Syiah kot.

    BalasPadam
  3. @Tanpa Nama

    Dengar betul-betul la. Dia sebut bukan 'ali' tapi 'aliimm' (maha mengetahui), makna bacaan dia tu - aku memohon perlindungan Allah, yang maha mendengar lagi maha mengetahui, daripada syaitan yg direjam'. Aku biasa dengar ustaz-ustaz baca. Sunnah atau tak, wallahua'lam.


    BalasPadam
  4. Pada aku, takde salahnya apa yg Sham cakap. Cuma mungkin tajuknya kontroversi (menentang budaya) dan latar belakang 'rock'nya tu yg buat orang skeptikal. Apapun semoga Allah menunjukkan pada kita semua jalan yang Allah redhai. Mudah-mudahan kita tak sesat.

    BalasPadam
  5. Bukan semua orang blh ckp psl ugama beb...klu nak jadi doktor pun kena ada sijilnya inikan pula nak jadi ustaz. Kenalah ada tauliahnya agar pengikut x sesat. Masalahnya...dia ni ada tauliah ke nak sampaikan ilmu agama? Wallahualam

    BalasPadam
  6. @Tanpa Nama
    Tak salah memulakan dgn A'uzubillahi Sami'il 'aliim MinaSyaitoonir Rojim...
    Bukan ALI....
    Ianya bermaksud....
    AKU MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI DARI SYAITAN YANG DIREJAM.
    Tiada yg salah mahupun dianggap Syiah.
    Yang tak kena tu bila TV Hijrah boleh panggil Sham memberi ceramah dgn tajuk yg agak berat dan memerlukan sandaran Nas Firman atau Hadith.
    Sham bukannya orang yang PANDAI AGAMA utk membicarakan topik ini...
    Saya rasa TV Hijrah perlu peka dan ada garis panduan utk menjemput penceramah yg PANDAI AGAMA utk menjatuhkan hukum pada amalan agama seperti ini.
    Saya rasa seeloknya para artis yg berhijrah ini menceritakan pengalaman mereka yg membawa mereka berubah kpd satu kehidupan yg LEBIH BAIK drp yg BAIK.
    Tak semua artis mahupun selebriti yg buruk perangai dan buruk tabiat kehidupannya.
    Ramai lagi Ustaz mahupun Ustazah yg berpendidikan dan berkelulusan Syariah, Usuluddin dan lain2 yg lebih layak utk diundang sebagai penceramah.
    Mohon TV Hijrah lebih peka dan sensitive dalam urusan seperti ini.
    Saya sekadar memberi pandangan...

    BalasPadam
  7. @Tanpa Nama 28 Jul 2:46

    Ini la masalahnya. Bila nak bercakap soal agama, 'kena ada kelulusan'. Mungkin aku patut hilite kat sini- bini Ayah Pin tu belajar agama kat Mesir! Ni baru 1 contoh.

    Aku pun bukan nak bela sgt Sham,mahupun nak kata berdakwah boleh main hentam keromo. Cuma aku nak hilite - JGN MUDAH PANDANG SERONG PADA PENDAKWAH YG TIADA KELULUSAN AGAMA. Belajar agama ni bukan semata-mata teori. Praktis. Ramai pendakwah Islam, periwayat hadis, sahabat Nabi, takde sijil. Tp hati mereka terang, bila mereka ikhlas kerana Allah. Para sahabat Nabi S.A.W. ramai yg jd ahli syurga wlupun tkde sijil. Saidina Bilal bin Rabah pun asalnya hamba abdi tp dimuliakan Allah dgn balasan syurga. Yg penting hidayah. Kalau tak yakin apa yg pendkwah (tak bersijil) ni sampaikan, check la. Bukan kutuk atau merendahkan kredibiliti, maupun mengaibkan mereka. Islam milik semua manusia. Sampaikanlah walaupun satu ayat.

    BalasPadam
  8. Kalau nak tahu apa yg Sham Kamikaze atau sesiapa saja kata tentang sesuatu perkara berkaitan dengan agama, maka pergilah cari dan bacalah hadith2 sahih yg ada, kalau betul, maka Sham Kamikaze atau sesiapa saja betullah.

    Berkaitan dengan apa yg Sham Kamikaze cakap ni, memang betul. Saya pun dah jumpa hadith tu dan dah tanya pakar2 hadith.

    Masalah orang Melayu ni, adalah mengikut tanpa belajar. Kalau Sham Kamikaze salah, buktikan. Itu saja, tak perlu nak kata yg bukan2.

    Kita bukan tengok kepada siapa yg bercakap, tetapi apa yang dicakap.

    BalasPadam
  9. mati seorang anak adam terputus segala hubungan kecuali 3 perkara sedekah jariah, ilmu bernafaat, anak yang soleh. ada ke cakap al fatihah, tahlil, baca quran

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online