BREAKING NEWS

ABBY BANGGA BAWA SUAMI BARU KE PENTAS CERAMAH PAS.


Abby semalam telah mengejutkan pengunjung yang hadir untuk mendengar ceramah Pas sempena Pilihanraya kecil di UPU Seberang Barat, Kuala Besut dengan membawa bersama suami barunya sebagai teman.

Abby yang kini bergiat aktif sebagai penceramah Pas juga secara rasminya mengumumkan bahawa beliau datang bersama suaminya yang baru dikahwini 12 hari lepas. Abby mendedahkan, suaminya bernama Farhan dari Kelantan dan merupakan penyokong kuat Pas.

Sementara itu didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob, Abby mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti kerana dia menyifatkan hanya Pas mampu memberikan cahaya Islam kepada orang melayu di negara ini.

Ketika ditanya mengenai perkahwinannya, Abby menyifatkan perkahwinannya kali ini diharap akan menutup segala tomahan dan fitnah yang di alami oleh dirinya sejak bergiat aktif dalam pentas politk.

Bekas penyanyi kumpulan Elite itu juga memberitahu beliau berkeseorangan selama ini tetapi sekarang semuanya sudah berubah kerana beliau sudah ada tempat untuk meluahkan perasaan dan tempat bergantung. ~ MPP News

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online