BREAKING NEWS

PANAS!!! HARAM JATUHKAN KERAJAAN ISLAM PAS.. - AZHAR IDRUS


Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Penceramah pro Pas itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.

Tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.

Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan.

“Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya.

6 ulasan :

  1. Betul la tu...kerajaan pas kerajaan berkebajikan bukan kerajaan islam..

    BalasPadam
  2. memang la haram jatuh kan PAS. sebab tu ahli nya bermatian berjuang. Ahli UMNO? bermatian mintak tu dan ini dgn alasan apalagi melayu mahu......semua nya!!

    BalasPadam
  3. Tang mana Islamnya PAS tuh...dan tang mana yg bole di katakan PAS Kelantan bwh n ajis dulu kjaan Islam....tang juai kalimah Allah pada kristian atau tang lulus lesen judi dan arak di Kelantan?...N Ajis sndri mengaku pernah luluskan lesen judi n arak tau.......

    UAI mmg cakap xserupa bikin...tuduh org len buat salah tapi diri sendiri penoh dgn TAIK...

    BalasPadam
  4. Betul juga,steament UAI menjatuhkan kerajaan islam adalah haram (kegemilangan kerajaan islam di pimpin oleh khalifah dlm sejarah islam, bukannya kerajaan Pas)

    BalasPadam
  5. Hairan.. ape yg disanjung sgt pd ust yg pernah masuk toilet perempuan ni..

    BalasPadam
  6. Tengkorak otak lu lah UIA,guna agama cari derma,bukan ikhlas nak berdakwah sangat!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online