BREAKING NEWS

MELETOPPP!!!! UMNO/BN BAGI ARAK DAN PIL KUDA KEPADA JENTERA PRU13 DI KELANTAN??


Perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini menjadi kecoh apabila wakil PAS mendedahkan bahawa BN didakwa beri arak dan pil kuda kepada petugas PRU semasa pilihanraya umum lalu.

Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) yang sedang membahaskan usul berkenaan telah menuduh Umno dan BN melakukan penipuan dan salahlaku tersebut di beberapa kawasan di Kelantan.

Mohd Zaki yang juga bekas Timbalan Speaker DUN mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak pada petugas parti terutama pada golongan muda dan bukan Islam pada pilihan raya umum itu.

Tuduhan Mohd Zaki itu kemudiannya menimbulkan kemarahan ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) apabila bingkas bangun membantah dakwaan yang dianggap berat itu dan menyifatkan tuduhan Mohd Zaki itu sebagai sesuatu yang `gila babi'.

Keadaan menjadi panas seketika apabila Mohd Zaki meminta Nozula menarik balik perkataan itu sambil tidak membenarkan ketua pembangkang itu mengganggu perbahasannya.

Keadaan panas itu kemudiannya berjaya ditenteramkan Speaker Abdullah Ya'kub dan Mohd Zaki kemudiannya meneruskan perbahasannya. ~ MPP News


p/s: UMNO Kelantan takkan nak diam saja kot? Kalau diam tu tandanya betul beb..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online