BREAKING NEWS

MAHATHIR DESAK NAJIB JANGAN BAGI MUKA KEPADA PUAK-PUAK PAKATAN.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

“Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

“Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan.

Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk “Transforming A Nation: The Malaysian Experience”, Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

“Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya,” katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

“Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita,” katanya.


p/s: Patut tangkap Anwar dulu.. Baru aman sikit Malaysia ni rasanya...

3 ulasan :

  1. Entah lah senario pentadbiran PM Najib. Penasihat-penasihat yang golongan terlalu elit banyak berdasarkan kepada teori dan retorik, tak ada yang hard-core "hands-on" seperti golongan pemimpin UMNO yang terdahulu - memang memanjat dari bawah untuk sampai ke atas dan "earned a place as advisors to PM Tun M". Kaum elit nie tak pernah susah dan tak mendalami sejarah perjuangan Kemerdekaan dan perjuangan UMNO untuk mertabakan orang melayu di peringkat pendidikan, ekonomi dan politik. Orang-orang melayu golongan yang berjaya rata-rata hasil dari DEB. Tapi malang, kebanyakkan mereka ini cenderong termakan fitnah dan tuduhan keatas kerajaan tanpa usul periksa. Sedih dan kesian. Melayu akan hilang di dunia sekiranya UMNO terkubur oleh orang melayu sendiri.

    BalasPadam
  2. Umno terkubur masih ada pas parti melayu islam jng sempitkan fikiran org melayu

    BalasPadam
  3. Harap PM ambil nasihat dari pakar-pakar ekonomi dan pegawai-pegawai yang pernah berjasa dalam menyelamatkan Negara ketika kemelesetan ekonomi dulu. Jangan dibuang sebab mereka telah memerahkan segala otak mereka dan tahu banyak pro dan kontra serta berpengalaman. Kita tak mahu orang yang tahu berteori dan ikut amerika sahaja.Lihat pada masa Pak Lah yang kononnya dapat nasihat dari tingkat ...... ( heboh dulu ada group orang muda buat keputusan...) Akibatnya ekonomi bermasalah, masyarakat hilang kepercayaan dan sebagainya. Kita tak mahu menteri baru terutama yang tak pernah bersama dalam kabinet zaman Tun M buat sesuatu tanpa merujuk kepada orang yang berpengalaman. Ini kerana Tun M lah yang berpengalaman semasa sebelum merdeka dan selepasnya Berjaya membangunkan Malaysia dan sedikit sebanyak kaedahnya dalam ekonomi difahami oleh menteri dan timbalan beliau. Kalau kita lihat semuanya berkaliber ( bab peribadi tak masuk campurlahhh... kita bukan maksum ). Semua diam masa zaman Tun tapi zaman Pak Lah mereka bangkit bersuara bererti mereka seorang yang berperinsip dan bukannya takut pada Tun M sebab mereka bersetuju pada Tun dalam membangunkan ekonomi. Mereka mengikut adat Melayu dan prinsip dunia dalam kepimpinan iaitu ikut boss dan membuat perubahan bila menjadi boss pula. Cuma kita takut sekarang ialah seorang lagi pengganti si kitul anwar... Biasanya kes begini ada penganti kerana anwar sudah tidak relevan lagi. Mesti barat dah sediakan penganti anwar.Ini yang kita takutkan.... Siapa ye dalam Umno dan Pas..... talibarut tu..... Orang PAS jangan ingat tak ada agen yahudi dalam PAS.. Ingat mereka boleh jadi lebih alim dari orang PAS sendiri... UMNO pula silap lantik Wahabi.. Pas katanya ada syiah..... TAK NAMPAK LAGI KAA ORANG ISLAM OOOOIIIIII...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online