BREAKING NEWS

KJ JEMPUT RONNIE LIU SERTAI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA? #FBP13




Kelibat bekas exco Pakatan Selangor, Ronnie Liu di Festival Belia Putrajaya 2013 telah menimbulkan banyak persoalan. Ramai yang berpendapat, Ronnie Liu hadir hanyalah semata-mata untuk memberikan sokongan kepada program anjuran kerajaan.

Ada juga yang berpandangan sinis bahawa kehadiran orang kuat DAP Selangor itu hanyalah semata-mata kerana mahu melepaskan rindu dendam akibat dari kegagalan Pakatan menawan Putrajaya.

Namun yang paling melucukan, ada juga yang beranggapan bahawa Ronnie Liu hadir ke Festival Belia Putrajaya ini adalah diatas jemputan Menteri Belia dan Sukan yang baru iaitu Khairy Jamaluddin.

Walau apapun pandangan yang dilemparkan terhadap kehadiran wakil DAP di Festival anjuran Kerajaan ini, ia sebenarnya membuktikan bahawa Festival Belia Putrajaya 2013 telah berjaya menarik minat pelbagai pihak.

Ronnie Liu sendiri tanpa segan silu meramaikan program kerajaan.., itu belum lagi dikira penyokong Pakatan yang hadir tanpa sebarang lambang parti..

Apapun.., Festival Belia Putrajaya 2013 harus disokong kerana ia adalah untuk generasi masa depan Malaysia.

4 ulasan :

  1. Ok lah tu. PRU13 pun dah habis. Inilah masa nak tolong rakyat. Bukanya masih bak ceramah politik.

    BalasPadam
  2. Dia nak buka kawasan baru...Nak bawa konco-konco kongsi gelap dalam putrajaya
    Mana boleh buka c.c mesin judi, karaoke dan opis ahLong
    Kalau boleh dia nak buka booth kongsi gelap kat karnival tp dah penuh..Itu yg nampak hampa

    Mat, Gombak

    BalasPadam
  3. Dia supply pasir tempat Motor Cross tu

    BalasPadam
  4. AKU RASA DIA NAK MINTAK PAYMENT KHEMAH YANG PASANG KAT SITU.....PAYMENT TAK DAPAT LAGI WO....NANTI DUIT BUNGA ADA NAIK MA....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online