BREAKING NEWS

RAFIZI JANJI HARGA MOTORSIKAL MURAH KALAU ANWAR JADI PM.


Rakyat Malaysia akan dapat membeli motorsikal dengan harga yang jauh lebih murah jika Anwar dipilih untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 nanti.

Rafizi Ramli berkata, di bawah pentadbiran Umno-BN sekarang, pemilik motosikal perlu membayar duti eksais sehingga 20 peratus bagi saiz enjin bawah 150cc dan 30 peratus untuk kapasiti enjin melebihi 150cc.

“Ini bermakna bagi motosikal paling murah sekitar RM5,500. Jumlah cukai yang dikenakan adalah RM1,334 (cukai eksais dan cukai jualan),” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

“Lebih membebankan apabila institusi kewangan tidak menawarkan pinjaman untuk membeli motosikal bersaiz enjin rendah kerana ia tidak mempunyai nilai pasaran kedua yang baik.

“Oleh itu, pembeli dari golongan berpendapatan rendah terpaksa meminjam dari kedai yang menjual motosikal dan menanggung kadar faedah yang tinggi sehingga mencecah 10 peratus,” lapor Media Selangorku.

Memastikan golongan yang memerlukan mendapat manfaat daripada dasar yang digubal, Pakatan memberi jaminan akan mengurangkan cukai eksais ke atas semua jenis kenderaan.

Ini sekaligus akan membolehkan rakyat membeli motorsikal dengan harga yang jauh lebih murah. Semua ini hanya akan dapat direalisasikan jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.

7 ulasan :

  1. Yessss cayalah Rafizi. Potong lagi hasil kerajaan hahaha mmg bagus.. Tapi lupa PR janji macam2. Oleh itu prancangan bajet yg dia buat tu boleh la buang dlm tong sampah atas alasan... Kerajaan dah tak da bajet/takde duit. Populis konon tapi realistik dan tak pernah tepati janji! Kaji dulu apa hasil terbaru yg boleh jana pendapatan sebelum rombak hasil yg ada. Takkan pinjam IMF kot..

    BalasPadam
  2. Dengar boleh....percaya jangan...

    BalasPadam
  3. muka anwar langsung xde nur.......kena hiv ke?

    BalasPadam
  4. Kah3...siot je bang non buat muka tu...mcm sondol mamat tuh

    BalasPadam
  5. boleh dapat rm500 sebijik motor?????

    BalasPadam
  6. AKU BOLEH JANJI HARGA KERETA TURUN 90 % KALAU AKU JADI PERDANA MENTERI NANTI...KALAU NAK HARGA KERETA MURAH SOKONGLAH DAN ANGKATLAH AKU JADI PERDANA MENTERI AKU AKAN KOTA KAN JANJI TERSEBUT......BUKAN ITU SAJA AKU AKAN CADANGKAN GAJI MINIMA PEKERJA RM 5000 SOKONGLAH AKU ANGKAT AKU JADI PERDANA MENTERI...SOKONGLAH AKU JADI PERDANA MENTERI...AKU NAK JADI PERDANA MENTERI...AKU NAK JADI PERDANA MENTERI......AKU NAK JADI PERDANME MENTERIIIIIIIIIIIIIIII.....LAH....TOLONG LAH UNDI AKU...AKU NAK JADI PERDANA MENTERI......MAK, AYAH TOLONG AKU BANTU AKU AKU NAK JADI PERDANA MENTERI........PERDANA MENTERIIIIIIIIIIIII.........

    BalasPadam
  7. aku selaku perdana menteri mat mat rempit menyokong cadangan tersebut......kah..kah...kah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online