BREAKING NEWS

PROFESOR MAHFUZ TAK SETUJU GAJI PENJAWAT AWAM DINAIKKAN.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan secara terperinci formula yang digunakan di dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan ini bagi mengelakkan jurang besar diantara kakitangan awam dan pihak atasan selaras dengan gred kenaikan.

“Isu saraan tidak memberikan gambaran jelas berhubung kenaikan Gred 1 sehingga 54. Keadaan tidak jelas ini akan membawa kepada jurang yang besar.

“Sebagai contoh gred turus 1, gaji mati RM 13,940 tapi gaji maksimum RM 23,577.24. Jawatan terendah, Gred N1, pembantu am sekarang RM 1,321.05.

Selepas kenaikan tahunan RM 80.00 gaji maksimum RM 2,000,” katanya.

Sebelum ini, Najib mengumumkan pelaksanaan SST, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Melalui sistem ini, setiap penjawat awam mendapat antara RM 80 dan RM 320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1.5 bilion.

3 ulasan :

  1. bodoh punya mahfuz. rezeki org apasal ko nak dengki? ko dah banyak duit xpe lah. elok ko usul gaji ko potong 50%. duit rakyat juga tu.

    BalasPadam
  2. propesor bahalul al mahfuz, bila bercakap ikut suka mulut jer. apa fakta kosong, usahlah lah bercakap hal ekonomi awak apa tau wei,,,,,,,,,,

    BalasPadam
  3. Mahputttttt ni memang bodooooooo,kalau boleh bagi je kt dia,aku x hingginggggg nakjadikan dia ni pemimpin,orang PAS nak ambik free ambik le,x rugi pun kalau dia x de.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online