BREAKING NEWS

PAS AKAN KERAHKAN UNIT AMAL KE SAMPORNA?


Ramai yang tertanya-tanya mengapakah Pas hanya mendiamkan diri ketika Anwar Ibrahim dikritik dengan begitu hebat didalam dakwaan terlibat dengan pencerobohan militan sulu di Lahad Datu dan Semporna Sabah.

Jika sebelum ini Pas begitu lantang membela Ketua Pakatan Rakyat itu didalam isu Palestin dan juga isu kalimah Allah, kini Pas langsung tak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mempertahankan Anwar didalam insiden berdarah itu.

Apakah Pas bersama-sama berpendirian seperti majoriti rakyat Malaysia yang menolak campurtangan asing hasil usaha Pakatan Rakyat seperti yang didedahkan oleh sumber risikan dari Filipina?

Ataupun Pas sengaja mahu menjauhkan diri dari terjerat dengan permainan politik terdesak Ketua Umum PKR tersebut demi untuk menjaga hati pengundi melayu yang semakin marah kepada Anwar?

Jika Pas mahu berbakti kepada agama dan tanahair seperti yang mereka laung-laungkan selama ini, beranikah Pas menghantar Unit Amal nya untuk membantu pasukan keselamatan di Sabah?

Kalaupun Unit Amal tersebut tidak mampu mengangkat senjata melawan penceroboh, cukuplah sekarang mengangkat barangan keperluan untuk anggota keselamatan serta membantu orang kampung yang didalam kesusahan. ~ MPP News.

6 ulasan :

  1. Unit Amal PAStak teringin ke nak mati syahid? Masa BERSIH 30 bukan main berani lagi. Telor kamu dah mengecut ke? Bawa Mat Sabu aebagai Genaral PAS. Jangan jadi Jaguh dengan bini orang je!!!!!

    BalasPadam
  2. Inilah masa utk Unit Amal Pas berbakti kpda agama bangsa dan tanahair..apa mcm.??ader berannnn kaa.??

    BalasPadam
  3. Ketepikan politik....utmkn keselamatan negara

    BalasPadam
  4. Haa....baguslah jugak Unit Anal.oops..Amal PAS-piss-puss nak kesana. Aku cuma pesan bawak banyak seluaq dan diapers. Takut nanti kena sergah kat puak lanun sulu tu, depa terus tercirit, kencing semua cukuplah.....

    BalasPadam
  5. korang klu nak menang pru13 kena ckp baik2 dgn pas so leh la diorang gabung dgn umno. korang tau tak kekuatan pas dh tahap gila babas skrg. tak caya pi la tanye sb, tak pun klu takde kwn, pi tanye je polis2 biasa diorang pun tau. johor takkan dirobek pembangkang kecuali pas. tu sbb pas byk diam. diam2 ubi berisi. korang perasan tak yg mulut celupar dlm pas ni cuma mat sabu sekor. yg lain cool je tu yg org melayu suka pas. di selangor mmg lah pkr pegang, tapi sapa yg brjaya mengimarahkan surau. jwpnnye ialah pas.
    ni tak korang tau nak bedal nik aziz je. klu ni la terus menerus sikap org umno dari atas hingga akar umbi, dipersilakanlah melingkup pru13.

    BalasPadam
  6. Klu org Umno rajin ikuti harakah, maka korang akan nmpak ada sbhgn penulisan mereka tu seolah2 bersifat warning kpd pkr dan dap. w/pun secara umumnya Pas cukup menjaga hubungan antara parti komponen tapi mereka tetap berhati-hati...
    cuba korang bayangkan klu Umno berjaya bersatu dgn Pas. PR akan terlingkup secara automatik. Belum masuk battle dah kalah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online