BREAKING NEWS

KIRAM III TUDUH NAJIB BUNUH RAKYAT SENDIRI.


Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai “lelaki gugur” itu dari sumber di Sabah.

“Apakah Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.

“Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari Philippine Daily Inquirer.

“Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di mana mereka ditangkap,” katanya.

“Jika mereka ditangkap di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].

“Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman negeri mereka,” tambah Idjirani.

Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja “Ling Mad Salli” oleh Idjirani).

Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1 Mac.

Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.

6 ulasan :

  1. Bisingla Setan Karam neh...dahla anta pengganas taraf binatang mnceroboh ngr org, mulut mcm ostazah pening mcm sial,,cakap main lepas saje...nmpk sgt ke'bahalol'an mangkok jamban neh..berbulu aq tgk Setan neh..

    BalasPadam
  2. Woi LAnun Karam 3x, kat malaysia ni kalau ko bawak senjata api tak ada lesen dan tembak membuta tuli, ko akan ditembak macam kami menembak anjing gila, tak kiralah ko ni rakyat atau pendatang haram macam lanun2 lembu ko tu. Jadi yang ko sibut askar kami tembak lanun2 ko tu apa pasal???

    BalasPadam
  3. bodoh la lu Kiram, tak kira org malaysia atau org luar, kalau memberontak dan jadi pengganas akan ditembak mati!!!

    Ada faham ka!!!!

    BalasPadam
  4. Memang ko bodoh kiram III, mana boleh ko samakan undang di Malaysia dgn Filipina, sebab itulah ko ditakdirkan Allah tak layak jadi sultan. Di tempat ko nyawa ayam lebih mahal dari manusia,ayam dibuat pertaruhan judi dgn harga yg lebih tinggi dari harga askar2 sultan sulu. Faham....?

    BalasPadam
  5. Atm dan pdrm perlu buat operasi pembersihan pendatang tanpa izin di sabah.. Jangan tragedi di lahad datu berulang kembali baru nak kelam kabut

    BalasPadam
  6. tgk muka pun dh meluat aq dgn puak syirik ni..lebih baik ko mati je senang cite

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online