BREAKING NEWS

KEMATIAN 9 ANGGOTA DI LAHAD DATU SALAH UMNO/BN.. ~ BEKAS KETUA POLIS


Umno dan Barisan Nasional dipersalahkan sepenuhnya oleh bekas Ketua Polis Lahad Datu, Kamis Daming diatas kematian anggota keselamatan di Lahad Datu. Kamis juga mendakwa, kerajaan Malaysia langsung tidak memperdulikan keadaan keselamatan di kawasan tersebut sebelum ini sehingga penceroboh mudah masuk ke kawasan perairan negara.

"Kelengkapan pihak keselamatan disini juga didalam keadaan amat buruk sekali.. Kenderaan yang digunakan amat uzur dan sering rosak manakala bot peronda juga didalam keadaan yang amat mendukacitakan.."

"Kita juga tak mempunyai anggota yang mencukupi disini dan selalu mengalami bekalan bahanapi yang kurang.. Ini disebabkan pembekal tak mahu membekalkan minyak kerana beban hutang yang tinggi.." kata beliau didalam Daily Express


Beberapa hari yang lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menubuhkan Special Security Area di Sabah bagi menangani masalah keselamatan di kawasan-kawasan tumpuan. Ini diharap dapat meningkatkan taraf keadaan Polis serta PGA yang bertugas di Sabah.

Harus diingat, dalam keadaan daif dan juga kekurangan anggota keselamatan di Sabah dan banyak tempat lagi diseluruh negara, ada pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah yang mahu mengurangkan anggota PGA sekiranya mereka berkuasa. Adakah Nurul Izzah sedar tentang masalah seperti yang ditimbulkan oleh bekas OCPD ini?

Begitu juga dengan kenyataan Tony Phua yang sebelum ini mahu mengurangkan budget pertahanan negara. Apakah Tony Phua tahu yang ramai lagi anggota Polis dan Tentera masih bergelut dengan tempat tinggal yang kurang selesa?

Semua ini membuktikan bahawa Pakatan pembangkang didalam negara tidak peka dan tak sensitif dengan hal ehwal kebajikan anggota keselamatan negara. ~ MPP News

3 ulasan :

  1. isu lahat datu adalah iktibar... jadikan pengajaran kepada kita semua... kita semua sayangkan negara kita... kita cintakan keamanan...

    BalasPadam
  2. Masalahnya org melayu terlalu berbaik sangka dengan bangsa dan negara lain(jiran).
    Kite terlalu mudah menerima apa bangsa pun dengan harapan kiye dipandang mulia.
    Sejak zaman datuk nenek lagi kite diajar memerima orang luar dengan tangan terbuka.
    Bukan rahsia dan ini didepan mata.. kaum pendatang seperti jawa bugis minang siam india cina mehakmilikan tanah melayu ini dan kite juga sebahagian dari puak puak tersebut.
    Tapi nilai pendatang dahulu berbeza dengan nilai pendatang sekarang.. begitu juga nilai jiran dahulu berbeza dengan nilai jiran sekarang hatta nilai rakyat dan masyarakat dahulu dan sekarang juga berbeza.. tapi adab sikap dan nilai yang ditanam sejak zaman datuk nenek kite nampaknya mula mengigit sendiri akhirnya.
    Bangsa ini mesti bersikap lebih tegas dalam hal kenegaraan dan keamanan
    Sikap tak apa mestilah dilontar jauh
    Lepas ini 5 sen pun baki bayaran kita ambil kerana itu hak kita ..tanamkan sikap hak aku adalah hak aku.. harta dan negara kita adalah hak kita

    BalasPadam
  3. Aku dah putus ase dah,sejak pulau batu putih hilang...,tapi aku menang-menang tak pasal-pasal sempadan Singapore dekat sangat dgn jamban rumah aku.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online