BREAKING NEWS

GEMPAR!! TIAN CHUA TERIMA HADIAH KERANDA DARI PEMINAT.


Ibu Pejabat KEADILAN Melaka digemparkan penemuan objek menyerupai keranda tertera gambar Tian Chua ‘berdarah’ dipercik cat merah dan kalungan bunga, dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Keranda yang diletak depan pejabat itu disedari Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Negeri, Mohd Yusof Abdullah kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Terkejut dengan penemuan itu, beliau menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada semua pimpinan KEADILAN Melaka.

Ketua Penerangan Negeri, Hairiz Nordin dihubungi berkata, SMS dari Yusof itu diterima beliau pada jam 7.36 pagi bersama kiriman gambar keranda tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu biadap dan berniat jahat.

“Sebelum ini mereka ganggu ceramah Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Sekarang mereka buat keranda Tian Chua pula, kejadian ini sangat memalukan dan biadap,” katanya lagi.

Ditanya tindakan lanjut, Hairiz berkata, KEADILAN Melaka akan mengadakan sidang media di pejabat berkenaan berhubung serangan itu.

Katanya, mereka akan membuka semula rakaman litar tertutup (CCTV) pejabat itu untuk mengenalpasti pihak terlibat.

“Mereka tak akan terlepas, kita lihat bagaimana polis nak tangani kes ini,” katanya.

9 ulasan :


  1. Rakaman cctv tak pakai,besi.

    BalasPadam
  2. Ini semua kerja orang PKR jugak.. macamlah tak tahu pulak, orang PR je yang kreatif sangat dgn idea gila camni..

    BalasPadam
  3. yang ko nak kecoh pe hal sial!!!!
    memang keranda tu layak utk si bangsat tian chua tu.

    BalasPadam
  4. polis tak payah dok layan sandiwara cai2 pr tu..
    idea dah basi la..

    BalasPadam
  5. Tau pulak menyalak panggil polis..dah terer sangat ko settlekanlah sendirik..biadap kat orang lain boleh, bila kena muka sendiri tau pulak marah. pakatan nie memang fuck-atan!!

    BalasPadam
  6. Itulah, baik sangat perangai. Dah peminat bagi bagus punya hadiah. Mesti dari 'secret admirer'...kahkahkah

    BalasPadam
  7. mungkin ini idea org Fuck a ten utk cari simpati...mungkin juga akan datang tin cuak ni akan goal cam bala lepas tu dituduhnya org Umno yg buat....kita lihat permainan dia org...

    BalasPadam
  8. jangan denda atau penjara dia...
    paksa dia join tentera/polis lawan penceroboh di lahad datu...dan jangan bagi dia senjata..dia berani ke tak ?

    ......................
    Wanita Melayu elok baca blog di bawah ini:
    Dosa memakai seluar Leggings:

    http://leggingseksi.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Ada cctv pun tak guna.. tak boleh pakai dalam mahkamah.. yang buat kuda2 pun tak kena tangkap, orang tak percaya lagi tu, inikan pulak rakyat biasa. Keadilan untuk sejagat, kalau orang besar tak kena tangkap, takde sebab nak tangkap rakyat biasa.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online