GILIRAN RTM BAYAR SAMAN KERANA DAKWAAN FITNAH.
Sebelum ini Utusan Malaysia kerap disaman dan terpaksa membayar saman kepada beberapa pemimpin Pakatan pembangkang di Malaysia, kali ini tiba pula giliran Radio Televisyen Malaysia-RTM terpaksa membayar saman kerana didakwa memfitnah.
ADUN Kubang Rotan, Kedah berjaya menuntut kepada RTM sebanyak RM150'000 kerana RTM didapati bersalah memfitnah beliau di Mahkamah Tinggi Kedah.
Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan empat defenden membayar RM 150ribu tersebut kepada Mohd Nasir Mustafa.
“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan Norhayati… serta RM30 ribu kos guaman.”
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan