BREAKING NEWS

AZHAR IDRUS NAK JUAL NAMA DALAM LAKONAN.


Penceramah Pro Pas, Azhar Idrus dilaporkan bakal menjadi pelakon di bawah arahan Pierre Andre. Menurut laporan blog Beautifulnara, Pierre sudah memaklumkan perkara itu kepada Ustaz Azhar, namun kata putus belum diberikan lagi.

"Mengikut perancangan, filem terbitan MIG yang bertajuk “Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang” akan diterajui oleh Shiro dan Ustaz Azhar Idrus," lapor blog itu.

Namun begitu, menurut Pierre Andre sendiri, Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini.

Kata Pierre Andre,"Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut.

"Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini," katanya.

Azhar Idrus sebelum ini lebih dikenali di pentas ceramah apabila mampu menarik ribuan hadirin dengan lawak jenakanya. Walaupun menerima pelbagai kritikan terhadap cara lawak melampau yang ditonjolkan, Azhar Idrus masih lagi bertahan hingga ke hari ini.

6 ulasan :

  1. baik aku tengok video mr mansuh dari tengok azhar derus ni berlakon.....

    BalasPadam
  2. Elakanlah berburuk sangka dengan ulama..cuba la berlapang dada..Ingat sikit...kita semua sedang membina kehidupan akhirat kita atas dunia yg sementara ni.. Allahualam..

    BalasPadam
  3. tak cakap pasal akhirat la....ulamak hangpe jugak jual kalimah allah.....aku nak tanya sikit tuhan hg allah ke jesus.....?

    BalasPadam
  4. Ustaz mcd nk masuk berlakon ke...tahniah

    BalasPadam
  5. Parang Terbang : sy doakan anda diberikan hidayah untuk bersangka baik dengan orang lain. Allahualam..
    -atas pagar-

    BalasPadam
  6. Tak payahlah ustaz Azhar!,saya tahu awak nak sedapkan hati P.Andre.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online