BREAKING NEWS

ANWAR SOKONG TENTERA MALAYSIA SELEPAS 10 ORANG TERBUNUH.


Selepas 15 hari berlalu dengan penuh debaran, setelah 10 orang wira negara terkorban dibunuh oleh gerila-gerila rakan baiknya, Kiram dan Nur Misuari, baru semalam Anwar teringat nak puji dan sokong?

Pada saya, Anwar dan Pakatan Haram sudah terlambat..!

Selepas mesyuarat Pakatan Haram semalam, Anwar memberitahu media mengenai sokongan pakatan pembangkang itu terhadap tindakan pihak keselamatan negara. Namun saya yakin kenyataannya itu tidak ikhlas.

Pertamanya kerana dia lewat menyatakan sokongan terhadap pasukan keselamatan yang sedang berjuang di sana. Sudah terbit keringat, sudah bermandi darah, sudah 10 nyawa dijemput ajal, baru Anwar dan Pakatan Haram terhegeh-hegeh beri kenyataan sokongan?

Mengapa tidak pada hari pertama puak-puak pembangkang itu tidak mengisytiharkan sokongan? Sebab apa? Sebab selama ini memang Pakatan Haram sering cuba memburuk-buruk dan memperlekeh imej PDRM dan ATM, bukan?

Setelah 15 hari berlalu dan melihat bagaimana gelombang kebangkitan serta sokongan tidak berbelah bagi oleh rakyat dari segenap lapisan masyarakat, barulah Anwar dan Pakatan Haram mengaku kalah dan seterusnya memuji tindakan pasukan wira negara itu?

Mengapa Anwar dan Pakatan Haram tidak menyelar, mengecam, mengutuk atau ketuk kepala Tian Chua yang menuduh insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu itu sebagai “sandiwara” yang dilakonkan UMNO dan BN?

Hanya setelah Tian Chua teruk “dibelasah” dan majoriti rakyat mengherdik Pakatan Haram maka baru Anwar nak sedar? Saya percaya, jika Anwar jadi Menteri KDN, selepas 15 hari Sabah ditawan pengganas, barulah dia akan mengambil tindakan. Itu pun belum tentu dia ada “telur” atau tidak!

Keduanya, berkemungkinan besar Anwar takut dan risau sekiranya identiti “dalang” disebalik pencerobohan itu dapat dikenal pasti. Maklumlah, satu dunia tahu dia rapat dengan Nur Misuari yang menganggap Jamalul Kiram itu bagai “abang”nya.

Lagipun, mungkin Anwar juga risau jika tindakan Tian Chua dan Sivarasa yang ke Manila beberapa hari sebelum pencerobohan itu terjadi diketahui oleh rakyat. Dia mungkin takut tujuan dan intipati “lawatan sambil belajar” kedua balacinya itu “kantoi” sekiranya disiasat, bukan?

Ketiganya, tak perlulah Anwar dan Pakatan Haram tunjuk baik depan rakyat dengan memuji pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara. Sejarah merekodkan bahawa Anwar dan Pakatan Haram telah menghamburkan segala nista dan cacian terhadap pasukan keselamatan itu.

Rakyat masih ingat bagaimana Anwar menggelar anggota polis sebagai “anjing” dan Ketua Polis Negara sebagai “bapa anjing”. Kita juga belum lupa bagaimana Tian Chua mengigit tangan polis bagaikan “anjing” ketika ditahan, bukan?

Itu belum lagi diungkit segala tuduhan jahat yang dilemparkan pada PDRM, kenderaan polis diterbalikkan, anggota polis bermandi darah dipukul pengikut-pengikut “sultan liwat” itu dan imej PDRM yang sering menjadi mangsa kutukan para pemimpin Pakatan Haram!

Dan sekarang Anwar nak tunjuk baik pula dengan PDRM? Baca seterusnya DISINI..

4 ulasan :

  1. Pergi mampos lah Nuar Berahi. Apa yang ko dan juak-juak buat tu tak ikhlas - menangis ayaq mata buaya. The damage has been done. Ko tunggulah PRU13 ni. Kami akan sepak juboh2 ko orang semua ni dalam peti undi kami. Takkan kami sokong pengkhianat negara macam ko orang ni.

    BalasPadam
  2. Semua rakyat Msia termasuk diri saya sokong tindakan tentera. Lapan polis terbunuh sebab lambat bertindak, kerana tentera sulu ada yg telah mempunyai mykad ,projek ic mahathir. Agbimudin atau Azzimuddie adalah bekas penolong pegawai daerah Kudat. Google :sultan-sulu-ahli-umno.juga lihat GEMPAR! 47,000-warga-pakistan-tulin-jadi-ahli-umno.Tentera sulu datang utk tuntut wang RM5300/= dan penempatan sebagaimana PM janji. Pencerobohan tentera Sulu dan UMNO pakistan adalah kerja khianat pemimpin BN terhadap bangsa dan negara. Google: Nah-ini-bukti-bergambar-ribuan-warga-myanmar-dapat-ic

    BalasPadam
  3. dah terang2 anwar ibrahimlah dalang knp lah rkyt M'sia susah nk terima kenyataan...dah 50 dalil org bagi pun tak caya gak ke? ni skrg dah 52 dalil trmasuk liwat saiful dan sulu. tangkap dn penjarakan je abih cerita...bukti belakang kira, simpan dulu yg penting. Bila la rkyt M'sia nk bukak mata ni...klu nak diikutkan kesalahan si peliwat ni mungkin ada lebih 100 dalil lagi boleh dibuat slps ni.

    BalasPadam
  4. Aku dgr cerita dr kwn yg aNU..ar akan membubarkan polis dan tentera klu menang. Tak heranlah klu ianya bakal terjadi sbb sekarang pun boleh tengok yg ANU..ar ni mcm suka je bila polis kita terbunuh. Dia mmg tak sukakan polis sbb dendam tu je sebenaqnye. wang penjimatan gaji polis nanti sudah tentu ANU....ar akan enjoy habis habisan...sedarlah wahai bangsaku...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online