BREAKING NEWS

ULAMAK PAS BUKAN ULAMAK SEBENAR.. - NAJIB


Pemimpin Pas hanya ulama pada rupa luarannya sahaja tetapi apa yang keluar daripada mulut mereka tidak mencerminkan ulama sebenar.., kata DS Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, jika mahu memartabatkan seseorang ulama itu, hendaklah mereka daripada golongan yang bercakap baik, bersopan dan memberi nasihat, bukannya memaki-hamun, mencerca dan merendahkan martabat orang lain.

"Tidak juga mengaitkan orang seperti haiwan. Itu bukan cakap ulama," kata beliau dalam ucapan pada pelancaran Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun pemimpin Pas menghina penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi ramai juga yang menerima bantuan itu terdiri daripada orang mereka (Pas).

Dalam majlis pemimpin bersama akar umbi BN negeri selepas itu di Klana Resort, Perdana Menteri menegaskan, transformasi adalah lebih baik daripada reformasi.

"Reformasi mengajar rakyat berdemonstrasi, menghuru-harakan negara tetapi transformasi kerajaan BN membawa kejayaan, beri manfaat kepada rakyat. Kita mengajar rakyat menghormati undang-undang," katanya.

Mengenai 'Arab Spring', beliau berkata, ia belum lagi mampu memberi harapan kepada apa yang diharapkan, sebaliknya hanya menyaksikan negara berkenaan musnah.

"Terbukti dalam sejarah manusia, jika perubahan yang dilakukan secara mengejut dari bawah ke atas secara radikal, kesannya tidak sebaik yang diharapkan. Tetapi kalau perubahan itu berlaku daripada atas ke bawah dan mendasari kehendak rakyat, maka ia memberi manfaat kepada rakyat dan negara," tegas Najib.

Najib juga memberitahu, ketika kerajaan BN melaksanakan program 'Janji Ditepati', pembangkang semakin gelisah.

"Pembangkang mungkir janji dan di Selangor, cuma 15 peratus sahaja daripada janji pilihan raya umum ke-12 yang telah ditunaikan sehingga Menteri Besar Selangor berkata, manifesto bukan janji kepada rakyat.

"Kalau manifesto bukan janji kepada rakyat, apa gunanya kepada rakyat. Apa nilai kertas yang tertulis manifesto pembangkang yang telah dihidangkan kepada rakyat," soal Najib.

5 ulasan :

  1. Ulama sebenar ialah najib...muhuydin...khil toyo...mahathir....tambi chik dan perasuah yg lain...he..he..

    BalasPadam
  2. kami semua majoriti umat ISLAM dah lama tau tiada ulama dlm PAS. hanya dajal2 kecil yg tanpa jemu cuba hancurkan ISLAM di MALAYSIA. PAS itu satu kecelakaan pada perpaduan umat ISLAM. hanya melayu BANGSAT dan kafir harbi sahaja yg bersama Parti Ajaran Syaitan

    BalasPadam
  3. Wahai Tanpa Nama 1:45PTG

    Mengapalah engko ni meroyan tak tentu hal kata DS Najib dan yang len tu ulamak, tiada sapa pun yg mengatakan mereka ni ulamak.. tetapi hakikatnya akhlak mereka lebih seribu kali baik dari ulamak2 PAS yg sedia ada. Cuba bandingkan percakapan, perbuatan dan akhlak mereka dgn `ulamak2' PAS sekarang? Tak de sorang pun yg mempunyai ciri2 tersebut. Sekadar trademark oleh puak mereka sendiri tak payah lah. Tu hampeh punya ulamak...dan menyemak!!

    BalasPadam
  4. Bila TGNI kias perumpamaan, org2 Umno cakap samakan manusia cam binatang. Habis tu bila org buat perumpamaan kais pagi makan pagi kais ptg makan petang, kita samakan org miskin tu mcm ayam ke? Hidup ibarat pusingan roda tu kita samakan manusia mcm roda kete lembu Shahrizat ke?

    BalasPadam
  5. Ulang baik, Perdana Menteri berkata, jika mahu memartabatkan seseorang ulama itu, hendaklah mereka daripada golongan yang bercakap baik, bersopan dan memberi nasihat seperti nasihatkan isteri janganlah pakai tudung sbb ini zaman moden dan “Negara Islam” mestilah “maju” juga kehkehkeh.

    Ulang lagi, Perdana Menteri berkata, jika mahu memartabatkan seseorang ulama itu, hendaklah mereka daripada golongan yang bercakap baik, bersopan dan memberi nasihat didalam ceramah sbb lepas tu pelan2 kat belakang songlap dan buat penyelewengan barulah orang tak nampak kehkehkeh…

    Nak ulang lagi? ada byk pi carilah sendiri...kehkehkeh...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online