BREAKING NEWS

TANAH FREE UNTUK RAKYAT KALAU PAS MEMERINTAH..


Tuan Ibrahim Tuan Man semalam melancarkan Kempen Tanah Untuk Rakyat untuk menangani permasalahan tanah yang tertunggak dan terabai sejak puluhan tahun.

Pada majlis yang diadakan di Taman Bakti, Padang Tengku itu, turut diedarkan borang aduan tanah yang akan diproses dan diambil tindakan oleh Sekretariat Bertindak Tanah PAS Pahang yang baru ditubuhkan.

Tuan Ibrahim berkata, sekretariat tersebut ditubuhkan susulan tawaran Pakatan Rakyat (PR) Pahang yang menyediakan lot-lot kediaman, tanah kebun dan tanah ladang Felda Plantation yang telah diumumkan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau Disember lalu.

“PR akan selesaikan semua masalah berkaitan tanah dan permudahkan semua urusan sebaik saja diberi mandat memerintah negeri ini,” kata Tuan Ibrahim.


p/s: Takat janji air liur je sapa pun boleh beb.. Kalau betul Pas boleh bagi tanah pada rakyat.., dah lama rakyat Kelantan senang laa...

6 ulasan :

  1. Betul...betul...betul, 23 tahun PAS perintah Kelantan makin banyak tanah Melayu tergadai pada Cina DAP. 500,000 rakyat kelantan terpaksa berhijrah cari kerja di luar. Yang sialnya ada segelintir dikalangan mereka buat perangai gedebe cara PAS Kelantan di negeri-negeri orang.

    BalasPadam
  2. kambing dengo pon ketawa...embekkekekeke....

    BalasPadam
  3. Hai rakyat...ini hanya menipesto....bukan janji. Tak faham ka!!!!!!

    BalasPadam
  4. ala..tak yah janji. tanah FREE mmg blh dia org bagi kat pakcik2 tu.. Kat belakang Mesjid..saiz nya tak la besar..7 kaki pjg x 3 kaki Lebar x 5 Kaki dalam. Air percuma. Eletrik tak termasuk. API mgkn dpt secara percuma..huhuhu

    BalasPadam
  5. Wahai Tuan BEREHENGGGGGGGGGG,awak ni bodooooooke!cuba fikir kalau tiap2 tahun kena bagi tanah kpd raayat,saya ingat 10 tahun PASperentah Pahang,tanah mana nak bagi lagi oiiii.
    Orang yang cerdek berfikir macam mana nak buat dengan aset yang terhad ni untuk kebaikan raayat!
    Singapura u kalau pakai dasar Tuan Berehengggg ni mungkin sekarang tiap raayat xdapat sekilo sorang !
    Otak macam ni nak undi jangka pendek je utk jadi YB 5th.
    Bila tanah dh abis kau nak bagi apa kpd anak-yang bakal membesar nanti.
    XBOLEH PAKAI patut le jadi YB sepenggal je.

    BalasPadam
  6. aku yakin, janji manifesto dia kali ni boleh dijayakan. Rakyat akan dapat sorang sekepal tanah. Pahang kan banyak tanah. Bolh pilih nak yg macam mana, tanah merah ka, tanah gambut ka, tanah pasir ka, tanah mulch ka......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online