BREAKING NEWS

Padan Muka!!! Cikgu PAS gila politik kena tukar serta merta..

Seorang guru terpaksa bermalam dalam kereta akibat ditukarkan secara tergesa-gesa dari sebuah sekolah di Temerloh ke sini oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang yang didakwanya tidak berperikemanusiaan.

Azman Mohd Nazir, 40, berkata beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Felda Mayam dari Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan diminta mendaftar diri ke sekolah barunya pada 16 Januari tapi surat arahan dari JPN itu hanya dapat ke tangannya pada 18 Januari.

“Akibat pertukaran secara tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan ini, saya terpaksa tidur dalam kereta kerana belum ada kediaman. Tak larat kalau nak berulang-alik dari rumah sejauh 140 kilometer sehari,” katanya ketika ditemui setelah menerima laporan orang ramai.

Katanya, beliau kesal arahan pertukaran dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah sehingga guru di sekolah barunya yang sepatut digantikannya, belum berpindah lagi kerana belum mendapat surat tukar.

Tambahnya, sedangkan guru di sekolah lama tempat beliau mengajar masih belum diganti guru baru.

“Yang ruginya ialah murid-murid yang sepatutnya dapat pelajaran yang sempurna. Tetapi oleh kerana saya menjadi seperti kambing hitam, murid-murid pula terbabit sama menjadi mangsa,” katanya yang merupakan guru prasekolah.

Katanya, di sekolah Paya Pulai (sekolah lamanya) selama dua tahun, beliau telah menyiapkan banyak bahan bantu mengajar.

“Saya juga banyak peranan dan sumbangan sebagai guru aset sekolah, guru penyelaras kelas prasekolah, jurulatih catur, guru pembimbing pelatih praktikal, AJK projek perintis I-Think sekolah dan AJK PIBG,” ujarnya.

Ditanya sebab pertukaran, Azman beliau tidak menolak disebabkan faktor politik memandangkan beliau tidak mempunyai masalah moral tetapi mengakui aktif bersama program-program PAS.

Baginya, pertukaran secara tergesa-gesa itu satu penganiayaan dan salah guna kuasa kerana diarah berpindah secara tidak bertamadun.

“Saya masih pegang keratan akhbar kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Fuad Zarkashi) yang mengatakan pertukaran mengejut akan dikaji semula dan akan pastikan lebih jelas supaya prosedur difahami lebih jelas.

“Prosedur biasa pertukaran hanya dua kali setahun iaitu bulan Jun dan Disember,” katanya.

Beliau mengakui banyak kali ditukar sekolah sejak berkhidmat sebagai guru dipercayai atas sebab politik. Tetapi baginya, aktiviti politik dilakukannya di luar waktu bertugas dan beliau tahu sempadan antara tugas berkhidmat sebagai guru dan tugas sebagai ahli parti.

“Sekarang saya terpaksa tidur dalam kereta. Mujurlah PAS Cawangan Mayam bermurah hati mempelawa saya tidur di markas pada masa akan datang,” katanya.

Azman yang belum berumah tangga, berkata beliau menjaga ayahnya yang tinggal bersendirian di Taman Sri Semantan Temerloh. Apabila ditukarkan, jiwanya merasa sedikit tertekan.

14 ulasan :

  1. 140 km...dekat je tuhhh...kalau aku la jadi Peg di Kem.Pelajaran nuhhhh di pendalaman SARAWAK nuh cikgu gila politik ni aku hantaq....

    BalasPadam
  2. ohh.. cikgu ni. bawak murid murid pegi bersih kot. kalau tak pun himpunan HKR 121 tu.

    BalasPadam
  3. Sebagai ahli yg aktif insyaallah bertambah ramai lg yg akan menyokong pr d tempat baru beliau sabar dan syabas cg gu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni lah yang dinamakan neo khawarij. makan gaji dengan kerajaan, mndapat faedah sebagai kakitangan kerajaan tetapi kepada kerajaan juga mereka

      Padam
  4. Gntung kerja jela cikgu buta sejarah

    BalasPadam
  5. Ni lah padahnyer taksedar diri, makan gaji dgn kerajaan tapi belakang hentam kerajaan...padan muka..pi lah jadi cikgu pasti..aku setuju dgn mazri.

    BalasPadam
  6. baru ada akai....... buat malu makbapak ...... baik muhasabah diri ...... akai ada ka

    BalasPadam
  7. Haha..nk mintak simpati lak tu..padan muka lagi ade..merosakkan akal budak2 je..kalau anak aku dpt ckgu mcm kau aku tumbok muke kau..

    BalasPadam
  8. makan gaji dgn kerjaan..dlm masa yg sama bangkang kerajaan..?? canteek sngt lah tuuu..klu dah tak suka kerajaan, berenti jer keja jadi cikgu tu....ramai lagi yg mau jadi cikgu...
    gaji yg di makan tiap2 bulan tu...TAK HARAM ke...? dulu bkn main cakap pendapatan @ sumber kewangan kerajaan HARAM kerana was-was...ada campur-aduk dgn cukai arak,cukai judi,cukai babi,cukai hiburan...dan mcm2 lgi laaa.....????
    sekarang cmna....??

    BalasPadam
  9. Brenti je jd cikgu tu bg peluang org lain yg betol2 nak mengajar.klu gila sgt nak berpolitik pegi la menyendeng dgn en nik dan en hardy tu.nnt dpt la habuan.

    BalasPadam
  10. org macam ni ada sekoq pun jadi la kat sekolah, dia aja yg betoi, parti dia saja yg bersih suci, semua tak betoi, diagih tugas...curi tulang ambik kesempatan guru lain yg takmau bising. Nikmat depan mata, tak dihargai. Skang baru padan dgn muka hang!

    BalasPadam
  11. Bila plak temerloh ke mayam 140 Kilometer... Dia pakai meter pemende tu. rosak dah meter kereta beliau.. Kawe hari2 berulang dari kumai ke temerloh tak jauh gitu.. Banyak lencongan cikgu ni..

    BalasPadam
  12. apa lagi cikgu oi......g la ngadu dgn CHEGU BARD aka barstard samm tu...

    BalasPadam
  13. mintak kesian la pulak. cuba check. cikgu ni kaki MC ke tak? klu ye, memang patut kena transfer nun jauh di pedalaman..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online