BREAKING NEWS

Ostat Bob tolak jadi calon Pas di Subang..

Bob Lokman yang kini penceramah agama dan politik Pas menolak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.

“Kalau dikira dalam bidang politik, jika untuk bantu orang, saya memang berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung kepada jemputan penganjur,” katanya semalam.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas 19 Februari 2011 di Kedah lalu memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Beliau berkata, ceramah disertainya bagi memudahkan orang ramai berfikir untuk menentukan parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

“Dalam semua parti, perjuangan Pas mempunyai jalan yang paling panjang kerana kalau kita mendengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat.

“Berlainan pula dengan parti lain yang berceramah hanya cenderung kepada dunia sahaja termasuk hal ekonomi,” katanya.

Kata beliau, selagi Islam tidak menang, ini bermakna Pas belum menang secara keseluruhan, sebaliknya jika Islam diterima oleh semua orang, ia membawa Pas berada di atas.

Ditanya mengenai rakan artis iaitu penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin, 48, yang dikhabarkan menjadi calon pada PRU13 nanti, beliau berkata, khabar angin itu diterima secara positif.

“Beliau layak bertanding kerana mempunyai personaliti menarik. Lagipun beliau (Aishah) memang belajar dalam bidang Sains Politik sebelum ini,” katanya.

4 ulasan :

  1. "Dalam semua parti, perjuangan Pas mempunyai jalan yang paling panjang kerana kalau kita mendengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat."

    berkisarkan dunia dan akhirat....wakakaka...pecah perut aq...ostad bodoh ni caye PAS memperjuangkan islam

    BalasPadam
  2. Berceramah yang baik memang elok. Jangan pula mengajak kearah fitnah dan memburuk2 kan orang lain. Yang penting jangan takbur rasa diri tu dah bagus dan memandang rendah iman orang lain... Allah dah banyak tunjukkan perkara yang mengaibkan pas sendiri kerana terlalu menghina mereka yg bukan dari kalangan mereka.

    BalasPadam
  3. Gua tak percayalah bro Bob masuk bertanding. Hebat beb, mesti bungkus punya.

    BalasPadam
  4. dier igt dlm dunia ni PAS je yg perjuang Islam?
    mmg la dlm UMNO pon bkn 100% elok..tp koman2 UMNO pengang Islam sbgi agama rasmi, Melayu sbgi kaum bumiputra..
    kalu pakatan menang? mampus ko nak dgr azan kuat2, mampus ko nak bt Maulidur Rasul etc2 n mampus ko sbgi kaum majoriti...
    konon nak free suma benda..cehh..dlm dunia ni xde bnda yg free la bai, stakat interner, air, blajar free tu murahan pnya offer..pastu ngajar kita utk MALAS sbb xnak usaha
    WTF utk peng"kangkang"

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online