WOW!!! Anak dara Kelantan KANTOI beromen dalam kereta..

Posted by MPP On Sabtu, 16 Februari 2013 2 comments

Sepasang kekasih yang sedang memadu asmara di dalam sebuah kereta berhampiran lapangan terbang di bandar ini, antara yang dikompaun dalam Ops Valentine Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini pagi kelmarin.

Pasangan terbabit ditangkap melakukan perlakuan tidak sopan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan, ketika memberhentikan kereta di kawasan berkenaan.

Operasi yang bermula sekitar jam 11 malam itu dan tamat kira-kira jam 5 pagi, diketuai Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan JAEHIK, Osman Ibrahim bersama lebih 10 anggota penguat kuasa, diadakan bersempena sambutan Hari Kekasih bagi membenteras perlakuan maksiat dalam kalangan umat islam di negeri ini.

Osman berkata, operasi yang bermula di kawasan lapangan terbang di sekitar Pengkalan Chepa itu turut diteruskan di sekitar 17 hotel bajet di sekitar Kota Bharu.

“Setakat operasi semalam, pasangan yang ditangkap melakukan perlakuan tidak senonoh terbabit dikompaun mengikut kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Kelantan.

“Untuk kesalahan mereka itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1,000 mengikut Akta Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan,” katanya.

Osman berkata operasi seumpama itu diadakan dari masa ke semasa di lokasi yang dikenal pasti hasil risikan dan maklumat awam.

“Kita harap dengan operasi ini, dapat memberi kesedaran bahawa JAHEAIK amat serius dalam menangani isu sosial melibatkan perlakuan tidak bermoral umat Islam di negeri ini," katanya.


p/s: Cai2 Pas mesti akan kata ni semua salah Umno... huhuhu. ..

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul...aku rasa perkara cam ni benar2 memalukan Islam dan negara. Negara kita dh bebas budaya mcm ni sejak 50 tahun kemerdekaan tetapi di kelantan tetap berlaku...tak taulah nak cakap apa dah. KL dah lama bersih drpd gejala barat ni, nak nampak lelaki dan perempuan Islam berpegangan tangan pun tak jumpa kat sini. kat Kedah dn Kelantan yg bawah pas pulak yg banyak. Dgrnye bachelor party pun byk gile kat Kelantan dn Kedah ni. Dgrnye KL dn JB memang dah purely clean drpd party2 mcm ni. Jadi, marilah kita terus pilih Umno sbg Khalifah kita… Percayalah, drpd pemimpin hingga ke akar umbi Umno memang 100% amanah dlm perjuangkan Islam...Umno adalah pewaris terbaik ajaran dan perjuangan Rasulullah...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana sindiran di atas. tapi saya percaya maksiat tetap ada di mana2, walaupun di negeri yg. diketuai oleh seorang ulamak. gelaran serambi mekah sekalipun tidak pernah menjamin sesuatu tempat itu bebas maksiat. cuma saya harap gelaran islamik yg dipakai itu tidak terlalu dibanggakan sehingga ada yg buat perbandingan dgn negeri yg tiada gelaran islamik. islam bukan sekadar terletak di papan iklan semata-mata.

Catat Ulasan

Media Online

Share

MPP Online