BREAKING NEWS

NAK KAWIN HANTARAN MAHAL.., BERKHALWAT JE LAHHH...


Tidak serik-serik betul!! Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, wanita berkenaan sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel.

“Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain,” katanya.

Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat.

“Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.


p/s: Gua rasa, senario ni mungkin sedikit sebanyak disumbangkan oleh belanja hantaran yang terlampau tinggi hingga menyebabkan pasangan muda tak mampu kawin.. Susah-susah sangat, kawin di Siam je lahhhh.... Huhuhuhu...

7 ulasan :

  1. sangkutkan sarang kenge kat oteyy dia tu baru tauu....

    BalasPadam
  2. Kes khalwat sudah menjadi satu fenomina baru yg melanda pasangan remaja/belia. Ini disebabkan syarat ketat yg dikenakan kepada pasangan yg ingin berkahwin,, termasuk menghadiri beberapa sessi temuduga dan kursus yg belanjanya bukan sedikit. Ironinya, walaupun berbagai kursus diadakan, tetapi kes perceraian dikalngan pasangan muda semakin meningkat, seolah2 memberi gambaran, kursus yang diikuti sebenarnya tidak berkesan, dan hanya menguntungkan syarikat2 yg diberi lesen untuk mengadakan kursus tersebut. Jabatan Agama Islam sepatutnya mencari kaedah terbaik untuk menangani gejala ini. Tangkapan dan denda yang berat bukan jalan penyelesaian..

    BalasPadam
  3. Umar r.a cakap "cegah la kemungkaran itu dengan tidak menceritakanya". Kalau keburukan diceritakan maka keburukan akan tersebar. Kalau kebaikan yang diceritakan maka kebaiakan akan tersebar. Hari ini di stesen2 tv terlalu banyak keburukan di ceritakan. Seperti taik tp jalan, jika kita tutup dengan tanah maka bau taik tersebut akan hilang dan tidak dapat di hidu oleh orang lain. Tp jika kita ambik kayu dan kacau taik tersebut maka bau taik tersebut akan merebak keseluruh kampung.

    BalasPadam
  4. kalu gatal sgt nak kawin..xyah antaran tggi2
    pg krusus n cukupkan syarat2 nikah..

    xyah nak ikot sgt org laen n pening2 bt kenduri ramai2..

    BalasPadam
  5. kawin je la..mahar tak mahal pun. yang dok mintak hantaran mahal2 sape suruh? tak cari bala ke tu?

    nampak sangat ada hati nak bermewah2 dlm majlis persandingan. kalau tak mampu, buat cara tak mampu. yang penting keberkatan tu..

    BalasPadam
  6. Salam MPP,

    Tu la..ingat pun nak nikah kat Siam then buat kenduri kat restoran je kat Msia nanti. Ada lobang ka bro gi nikah Siam? hehehehehe

    -Peace-

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online