Ia bagi mengelak sebarang kemungkinan konflik dalam gabungan tersebut, sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan di Johor baru-baru ini di mana pemimpin DAP dan PKR bertelagah secara terbuka kerana berebut kerusi yang bertindih.
"Kami akan kekalkan status quo di Pulau Pinang," kata . Pengarah Pilihan raya DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kanan), sambil menambah bahawa keputusan itu adalah muktamad dan menolak sebarang kemungkinan berlaku konflik berkaitan dengannya.
Bagaimanapun, DAP tidak mengambil mudah pilihan raya umum kali ini, dengan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berterusan mengingatkan semua pihak supaya bersiap sedia untuk berdepan dengan serangan lawan.
Kebimbangan Lim adalah munasabah, terutama dengan laporan penilaian dalaman BN yang menunjukkan ia sudah 90 peratus bersiap sedia untuk merebut kerusi yang majoriti pengundi Melayu.
Terdapat 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, di mana 29 dimenangi Pakatan. Sekiranya DAP dapat mengekalkan semua 19 kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka Pakatan memerlukan PKR dan PAS menyumbang dua lagi kerusi untuk kekal berkuasa di negeri itu.
Persoalan yang lebih besar ialah sama ada Pakatan akan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga, iaitu sekurang-kurangnya 27 kerusi.
Difahamkan, kajiselidik dalaman Pakatan juga menunjukkan bahawa ia mungkin mampu meraih hanya 25-30 peratus undi Melayu yang diharapkannya, meletakkan ia pada risiko kehilangan kerusi majoriti Melayu dan kerusi pengundi bercampur, yang kebanyakannya dipegang oleh PKR dan PAS.
"Ini adalah kerana (BN) sedang memainkan isu perkauman di Pulau Pinang," kata Lim. merujuk kepada dakwaan Umno bahawa kerajaan negeri dan DAP telah meminggirkan orang Melayu dan kedudukan Islam terancam oleh kewujudan mereka.
BN melihat peluangnya untuk menawan semula Pulau Pinang melalui kawasan majoriti Melayu yag dikuasainya sejak Merdeka.
Bagi Pakatan, menurut spekulasi, PKR merancang untuk menggugurkan atau memindahkan semua penyandang bukan Melayu di Pulau Pinang - sesuatu yang dilihat sebagai merugikan gabungan itu.
Kerusi terbabit ialah Tambun (dipegang oleh timbalan ketua PKR negeri dan exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang), Bukit Tengah (Liew Chee Wen), Kebun Bunga (Jason Ong Khan Lee), Pantai Jerejak (Sim Tze Tzin), Batu Uban (S Raveentharan) dan Machang Bubuk (Tan Hock Leong).
Law mungkin dipindahkan ke Bukit Tengah untuk menangani "cabaran terbesar" dari BN, yang dilaporkan merancang untuk membariskan pengerusinya, Teng Chang Yeow (kiri) di situ, manakala ia Sim, seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, akan bertanding kerusi Parlimen Bayan Baru.
Dengan kerusi Pantai Jerejak ditawarkan kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon, maka "kuota" bagi kerusi DUN bukan Melayu untuk PKR Pulau Pinang akan
berkurang dari lima kepada empat.
Confirm BN menang..Insha Allah
BalasPadamTakbir...allahuakbar islam pasti menang hidup umno!
BalasPadamSaya dulu menyokong PAS, dengan nama Allah...saya tak tipu. Saya rasa waktu tu dalam UMNO dah tidak ada peluang memerintah lagi. tapi setelah PR diberi kuasa, mereka melatah teruk sangat. PAS dah jadi Parti Setan, sanggup sampai main-main nama ALLAH, main-main pasai sambut Maulud Nabi. Nik Aziz semakin nyanyuk, di Kedah depa pakat gasak balak sampai botak gunung. PAS sebenarnya tidak yakin dengan Allah SWT lagi, mereka hanya yakin kepada kaki bontot, apatah lagi Naib Presiden PAS sendiri kaki sondol puki bini orang, tak cuci muka pulak tu berjalan atas bumi Allah SWT. lepas ni depa kata fitnah...awat hangpa ingat semua orang bahlul macam hangpa ka...
BalasPadamInsyaAllah..umno akan tadbr kmbali negeri pulau pinang...selama Dap mmerintah p.pinang..abis kaum melayu diorang tindas..jgn bg muka dekat cina..mrka makin lama makin kurang ajar..
BalasPadamhidup umno dan hidup bn untuk genarasi yg akn datang....insha allah dgn kuasa mu...
BalasPadamPR kena terima hakikat pengundi protes (termasuk kami sekeluarga) yang mengundi depa tempoh hari telah sedar dan serik untuk mengundi depa lagi. jika ditakdirkan PR tersungkur, maka salahkan diri sendiri. janga tuding jari pada orang lain.
BalasPadam