BREAKING NEWS

Berdosa ahli Pas pijak gambar Guan Eng.. - Tuan Ibrahim

PAS Pahang menafikan laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai penglibatan ahlinya dalam demonstrasi di pekarangan Masjid As-Syakirin, Maran.

“Perlakuan yang dilakukan oleh remaja upahan membawa bendera PAS dan memijak gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP jelas suatu tindakan terdesak Umno dalam menghadapi PRU13,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Kata beliau, saban hari, pelbagai pembohongan yang dilakukan oleh mereka dengan liputan media Umno ternyata satu sandiwara provokasi bagi mencetuskan kebencian antara kaum menjelang PRU13.

PAS Kawasan Maran, kata Tuan Ibrahim, telahpun membuat laporan polis pada pagi ini.

“Kita harap pihak polis bertindak, kerana bukti bergambar mereka yang terlibat dapat membantu penyiasatan. Kita akan mengikuti secara dekat kes ini, dan mengharapkan siasatan segera dijalankan,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.

PAS Pahang, katanya akan mengadakan perbincangan dengan pihak guaman bagi meneliti kes itu untuk melaksanakan tindakan perundangan ke atas beberapa individu yang terlibat kerana melakukan pembohongan, mencemar nama baik parti dan tindakan provokasi.

“Untuk Umno, cukuplah main isu-isu provokasi. Ramai lagi rakyat Pahang ini yang merana tiada air paip, jalan sempit berbahaya dan tidak berlampu pada waktu malam dan pelbagai masalah tanah yang perlu diberikan perhatian,” katanya lagi.

4 ulasan :

  1. Sayang betul kat kalipah tu yer?

    BalasPadam
  2. waduh..gawat sekali kalu Pok Nik tak ampunkan dosa ahlil PAS nih memang tak masuk syorga gamak nye... berdosa tau pijak gambar tokong Guan Eng tu...

    BalasPadam
  3. Bedo'oh je,aku org bandar maran.muka pon bkn or pas.gambar pon bkn pekarangan masjid maran.mangkok lg bongok pencacai umngok.

    BalasPadam
  4. Berdosa pijak gambar LGE? kalau tunjuk punggong kat gambar najib dapat pahala ... tak gitu?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online