BREAKING NEWS

ANAK FADZIL NOOR MAHU UMNO/PAS BERSATU..


Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebnih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

10 ulasan :

  1. Nik Aziz dan Hadi nak dengar dan terima ke pandangan budak "mentah" ni?

    BalasPadam
  2. Yang ni aq sokong 100%...memang pas ptut bersama umno

    BalasPadam
  3. Aku pn sokong PAS dan UMNO bersatu. Xusah gaduh2. Yg paling penting kita tentang adalah DAP.

    BalasPadam
  4. hati..kalu da terlampau ego..timbul PHD
    mmg elok sgt Islam bersatu sbb kt kaum bumoputra n majoriti
    bukan soal kalah menang parti..tp soal menang kalah kt sbgi Islam bumiputra
    kalu combine..perghh..1 asia ni salute, kagum n takut

    BalasPadam
  5. betul...ego dan hendak membalas dendam tu punca mereka enggan bersatu

    BalasPadam
  6. kalau korg kt tempat PAS la ye...
    selalu kena maki, kena hina & kena fitnah kt media..
    mcm-mcm gelaran binatang yg media bg kt PAS..

    patut ke korg suruh PAS bersatu dgn UMNO?
    ke patut korg suruh PAS lwn org yg maki, hina & fitnah diorg tu?

    selama BN memerintah, bila agaknya UMNO ajak bersatu?
    What Say You?

    BalasPadam
  7. Bukan ker Pas sepanjang zaman yg mengelar UMNO anjing..kafir,murtad ,ahli neraka dsb. nya? Pas keluar dari BN dulu sbb UMNO yg halau atau Nik Aziz yg punya angkara? Tanya Allahyarham Us Asri atau Allahyarham Us Fadil Nor..bacalah sejarah dan jgn buta sejarah...mcmana nak bersatu sedangkan Hadi Awang kafirkan org UMNO? dah kafir boleh ker 'kawin' dgn Islam?mcm tak logik kecuali Hadi Awang tarik balik amanat dan mohon maaf pd semua org UMNO..jika hal itu selesai..barulah difikrkan tentang bersatu.

    BalasPadam
  8. kalau PAS tu sesat, kenapa x haramkan ajer parti tu kan?

    dan...sapa yg mengeluarkan idea supaya PAS & UMNO bersatu?

    UMNO kan?

    hehehehehehehe...

    BalasPadam
  9. dah mmg betul UMNO tu anjing British, awak buta sejarah ke?

    BalasPadam
  10. sebagai orang islam kita patut bersatu melawan onak dan duri dalam mensyariatkan agama islam, bukan menghantam sesama sendiri

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online