BREAKING NEWS

ABBY KENA POTONG DI TERENGGANU.. PEMUDA PAS AKAN TUNTUT BELA..


Kain rentang Program Sepetang Bersama Abby Abadi yang digantung pada Jumaat lalu di simpang berhampiran Markaz Pemuda Pas Kuala Berang, didapati telah dipotong dua pada pagi kelmarin.

Menurut Ketua Pemuda PAS DUN Kuala Berang Mohd Zainol Abidin Ahmad, ia seolah-olah sengaja ingin mencabar kesabaran para pemuda PAS.

Beliau berkata, perbuatan mengoyakkan kain rentang PAS, sebuah parti politik yang sah dan berdaftar, menunjukkan individu yang melakukannya tidak menghormati prinsip dan amalan demokrasi berparlimen.

“Kejadian yang boleh cetuskan provokasi ini bukan sahaja berlaku di sekitar Bandar Kuala Berang sahaja tetapi turut melibatkan cawangan-cawangan dalam Dun Kuala Berang termasuk di Kampung Tapu serta Kampung Butut. Malah, perbuatan ini bukannya perkara baru berlaku.

“Bagaimanapun, akhir-akhir ini kejadian kain rentang dipotong dua ini semakin menjadi-jadi. Kami bimbang ia akan menegangkan keadaan menjelang Pilihanraya Umum(PRU) ke-13 yang kini semakin hampir hingga cetuskan tindakan luar kawalan.

“Sekitar jam 2 pagi, sewaktu melalui Jalan Besar Kuala Berang untuk pulang ke rumah didapati kain rentang tersebut masih elok. Namun, lebih kurang jam 7.15 pagi, saya dapati kain rentang ini telahpun dipotong dua dipercayai menggunakan benda tajam.

“Malah, lebih kurang jam 3 pagi malam tersebut saya turut terima maklumat melalui sistem pesanan ringkas yang memaklumkan tiga kain rentang di Kampung Butut berkaitan slogan-slogan parti telah rosak.

“Manakala jam 7.30 pagi pula, Pemuda Pas Cawangan Kampung Tapu juga memaklumkan kain rentang digantung di kampung berkenaan termasuk berhampiran Pasti telah dirosakkan. Saya tidak menolak kemungkinan, ia dilakukan oleh individu sama di semua lokasi terlibat ini,” ujarnya.


p/s: Cehhh.., nak tunjuk hero kat Ostazah Ebbi lah tuuu... Huhuhuhuhu...

5 ulasan :

  1. pasal rosakkan sepanduk parti lawan sapa yang mulakan dulu? Masa PR kecil Bukit Gantang 2009 sebaris bendera BN di potong dan dicampak ke tepi jalan raya di Changnkat Ibol. Itu yang aku jadi saksinya. Jangan nak tunding jari pada UMNO saja sebab gangster PAS lagi banyak buat hal.

    BalasPadam
  2. PAS nak tunjuk kejantanan kat Ostazah Abby la tu.. Keh keh keh.. Jgn tunjuk anu udah la ye.. Teransang pulak Ostazah Abby nanti.. Punggahhh..

    Ini Kali lah PR.. Bye2..

    zoRRo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ebby minta mekropon nak NYANYI nnt chamna? Siapa nak bagi?

      Padam
    2. Aku bagi aku punya mekropon nie haa...hahahaa

      Padam
  3. tektik murahan parti hamPAS Nyoir...sapalah nak koyakan poster parti kamu tu, kalo tak puak2 mu...dulu tudoh org leparkan cat kat poster pemimpin kamu di Kg Kedai buluh dan tepi jambatan Marang kg sebrang Marang... di mana semua sedia maklum kawsan tersebut merupakan kubu kuat puak mu, mustahil org parti lawan buat perkara tersebut...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online