BREAKING NEWS

Wanita JELMAAN kantoi curi duit Tabung Surau..


Walaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya, tetapi sebarang kejadian di dalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau.

Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara, usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.

Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh ke sebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor.

Surau yang bernama surau Arrazi ini, tempat dimana para jemaah di sekeliling menunaikan solat jumaat mereka di sini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau di situ…

Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut. Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai di situ...

Semoga menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau di seluruh malaysia agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai.

Itu adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan surau... Jangan dipersiakan amanah mereka. Kuncilah tabung-tabung itu seelok-eloknya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online