Wanita KEADILAN hari ini melancarkan apron ‘Pakatan Lindungi Keluarga Anda’ sebagai simbolik Pakatan Rakyat menghargai peranan wanita dalam pembangunan negara.
“Kempen ini sebagai menghargai kepercayaan yang diberikan kepada kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan dan peningkatan kualiti hidup,” kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Justeru, kempen edaran poskad mengandungi enam tuntutan Wanita KEADILAN berjumlah 100,000 keping di setiap negeri seluruh negara akan dilancarkan.
Kata Zuraida, melalui pelbagai dasar yang ditawarkan Pakatan, golongan wanita terutamanya suri rumah di seluruh negara berpeluang mendapat tambahan wang poket sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan.
“Setiap tawaran Pakatan Rakyat akan menjimatkan belanja dan menambahkan pendapatan suri rumah, antaranya Caruman Wanita Nasional RM600 setahun melalui peruntukan berjumlah RM3 bilion,” jelasnya pada pelancaran itu di ibu pejabat parti, di sini.
Tambah beliau, penurunan harga petrol (RM50) akan menambah wang poket, selain penurunan harga barang (RM50), penurunan harga kereta (RM70), penghapusan tol (RM50), pengecualian PTPTN (RM200), bantuan anak-anak (RM80) dan elaun guru (RM500).
“Melalui tawaran Pakatan Rakyat, mereka yang paling rendah pendapatan pun akan dapat menambah wang poket. Sekurang-kurangnya RM500 untuk setiap keluarga,” katanya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
lama dah tak beli apron...tapi nak yang warna merah... :)
BalasPadamMak Lampir ada byk keter....bagi sy merc tu buleh? nnt sy sokong pookee rrr.......
BalasPadamsy pon jual buah tapi xkaya2 mcm Mak Lampir.....nak tau gak apa rahsianya?
Hahah.. pandai dia kona nak buat ala2 br1m.. banyak duit dia nak bagi 500 utk setiap surirumah.. setiap bulan pulak tu.. yang ibu tunggal dan anak yatim kat Selangor dah settle belum?
BalasPadamJANJI DULU PUN TAK TERTUNAI..
BalasPadamINGAT YE..MANIFESTO ITU BUKAN JANJI..
Hmmmmmm......bankrap la negara klu bg kat puak haramjadah ni.planning mcm hebat tp sbnrnya taikkkk!!!
BalasPadamMcm cleaner Indon kat opis aku minta majikan mrk awalkan byran gaji jer haku tengok.
BalasPadam