BREAKING NEWS

Rasuah Tubuh Gebu dan Seks berleluasa...

Agensi anti rasuah Indonesia berkata, amalan penggunaan seks sebagai suapan di negara itu berlaku dengan meluas dan menyeru pihak berkenaan menguatkuasakan peruntukan yang menganggap aktiviti berkenaan sebagai jenayah.

Menurut Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) itu, peruntukan itu ada dalam Undang-undang Antirasuah 2001.

Jurucakap KPK, Johan Budi berkata, agensi itu percaya ‘hadiah’ dalam bentuk seks boleh dianggap sebagai rasuah atau sekurang-kurangnya imbuhan dan kegagalan melaporkannya boleh dihukum penjara.

“Berdasarkan undang-undang, imbuhan termasuk seks dianggap rasuah jika ia diberi kepada seseorang atas kapasiti sebagai penjawat awam.

“Kedua, ia juga rasuah jika penerima hadiah itu gagal melaporkannya kepada pihak berkuasa dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Melalui peruntukan Undang-undang Antirasuah 2001, pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga lebih RM310,000.

Selain seks, pemberian habuan berupa wang, barangan, potongan harga, tiket penerbangan, kemudahan penginapan serta pelbagai bentuk hadiah lain boleh dianggap rasuah.

Kata Johan, KPK sedar pengamal rasuah menggunakan seks sebagai sogokan untuk mendapat apa yang diingini.

“Kami masih menyiasat sebarang laporan yang membabitkan seks,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu, sejak Disember dua tahun lalu, KPK sudah mengharamkan penjawat awam menerima sebarang tiket percuma daripada Persekutuan Bola Sepak Asia kerana ia juga boleh dianggap sebagai rasuah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. -JAKARTA POST


p/s: Anuwar bukan selalu ke Indonesia ke..? 

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online