BREAKING NEWS

"Puteri Sultan" kena tangkap buat maksiat.. Wohaa!!!

Gua terbaca laporan sebuah akhbar mengenai sorang "puteri Sultan" kena tangkap dalam satu operasi mencegah maksiat di KL semalam..

Tak sangka ye.., "puteri Sultan" pun kena tangkap kann.. Ingatkan puteri tak pergi tempat-tempat maksiat macam tu..

Tapi rupanya.., bukan puteri betul beb.., pompuan tu menyamar je kononnya dia tu puteri Sultan semata-mata nak lepaskan diri dari pihak berkuasa..

Ishh.., tak sangka betul kann..., macam ni punya orang pun ada didalam dunia..


Gara-gara ingin melepaskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa dalam operasi cegah maksiat, seorang gadis sanggup mendakwa dia adalah puteri kepada seorang sultan.

Gadis berusia 26 tahun itu mendakwa sedemikian ketika ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini awal pagi ini.

Dia yang berasal dari Kapit, Sarawak turut mendakwa telah membuat satu laporan polis berhubung statusnya pada 3 November lalu.

Operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia itu dijalankan bagi mencegah maksiat yang dilakukan umat Islam sempena sambutan tahun baru. - UM

2 ulasan :

  1. habih tu kalau ko puteri sultan apa masalah nye plak...ko ingat ini zaman Tok Kadok lg ke apa??kalau anak2 sultan polis tak blh sentuh la ye...kebal undang2 la konon nye...sekarang nih tak kira le ko anak sultan ke...anak agong ke...salah tetap salah...

    BalasPadam
  2. Suka sangat MPP cerita meng'aibkan orang ... (mrdn)

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online