BREAKING NEWS

PRU13 : Undi melayu berpihak pada Umno..

Walaupun wujud persaingan sengit dari PAS-PKR untuk menarik sokongan pengundi Melayu di luar bandar dan bandar, namun hakikatnya undi orang Melayu masih kuat kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, orang Melayu akan terus mempertahankan Umno kerana tiada parti yang boleh memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Maka ujarnya peringatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tepat pada waktunya agar orang Melayu tidak salah memilih parti yang akhirnya menghakis hak-hak mereka.

“Tun (Dr) Mahathir melihat kepada survival Umno sebagai parti ulung kepada orang Melayu. Beliau mahu orang Melayu terus mempertahankan Umno kerana tiada parti selain Umno yang boleh mempertahankan atau memperjuangkan hak orang Melayu.

“Beliau tidak yakin parti-parti lain khususnya pembangkang seperti PAS dan PKR boleh memperjuangkan hak orang Melayu selain Umno.

“Undi orang Melayu masih kuat kepada Umno-BN walaupun ada saingan sengit dari PAS yang berperanan menarik sokongan pengundi Melayu luar bandar dan PKR di bandar. PAS,PKR juga bersungguh-sungguh menarik sokongan pengundi baru,” katanya.

Khamis lalu pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13, peringatan kepada orang Melayu disuarakan beliau agar mereka membuat keputusan dalam pilihan raya akan datang yang disifatkannya sama ada akan membawa kebaikan atau keburukan terhadap bangsa sendiri.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

Sementara itu, Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata, implikasi jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri di kalangan Melayu hanya boneka DAP.
Maka jika perkara sedemikian berlaku, politik Melayu akan tamat.

“Saya bersetuju dengan Tun (Dr) Mahathir. Orang Melayu yang 54 peratus tidak ada pilihan. Kalau tak undi Umno, Pakatan menang. Undi Melayu pecah tiga. Tentulah politik Melayu tak kuat.

“Kalau Pakatan menang orang Melayu jadi Perdana Menteri. Tapi jadi PM boneka DAP. Jika itu yang berlaku tamatlah kuasa politik Melayu,” katanya.

3 ulasan :

  1. Hidup Melayu. Melayu kan gagah dinusantara.

    Kita tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

    BalasPadam
  2. Salam. saya kagum dengan penulisan di sini. jadi saya telah pautkan blog/portal ini ke blog saya. saya mohon kira tuan dapat pautkan blog saya disini jua. tkasih

    http://anginlautchinaselatan.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Pork Nik....DAPigs....PgayR.....Klu nak selamatkn Melayu...Jgn bagi satu UNDI pn pada tiga ekor Keldai kat atas ni.....Amin.........

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online