BREAKING NEWS

Pok Nik dan Hadi mesti bertaubat!!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu memohon maaf dan bertaubat berhubung kenyataan mereka sebelum ini yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan istilah Allah dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Seri Nasir Sakaran, berkata sebagai manusia biasa kedua-dua pemimpin berkenaan perlu mengakui kesilapan mereka dan meminta maaf secara terbuka kepada semua umat Islam.

"Selaku pemimpin, mereka perlu berhati-hati kerana kita ini bercakap bukan soal politik tetapi soal agama. Agama ini bagi kita umat Islam adalah pegangan akidah.

"Sepatutnya tidak semudah itu merelakan atau membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi, Kg Pulaggu Mabul di Pulau Mabul di sini, hari ini.

Nasir mengulas perubahan pendirian kedua-dua pemimpin berkenaan berhubung penggunaan istilah Allah selepas Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa penggunaan istilah itu adalah khusus untuk agama Islam sahaja dan tidak boleh diguna agama lain.

Nasir yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Senallang berkata, adalah jelas bahawa pemimpin PAS berkenaan lebih mengutamakan agenda politik pakatan pembangkang untuk berkuasa sehingga sanggup membelakangkan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menurut Nasir pertikaian berhubung penggunaan istilah Allah itu tidak sepatutnya timbul kerana Majlia Fatwa Kebangsaan sudah membincangkan perkara itu dan telah memutuskan bahawa penggunaan istilah Allah hanya khusus untuk agama Islam sahaja.

"Saya rasa pihak majlis fatwa negeri-negeri dan majlis fatwa kebangsaan sudahpun membincangkan perkara ini dan keputusanpun telah diambil," katanya.

2 ulasan :

  1. Minggu lepas telah ada khatib masjid di Selangor yg mempertahankan bahawa nama Allah boleh diguna oleh org kafir, bila dah semua u turn ni, kita tenggok jumaat ni mcm mana pulak khutbahnya, khutbah U turn ke...?

    BalasPadam
  2. PAS tempat membiak segala benda yg kotor dan keji tetapi alhamdulillah masih ada org PAS yg benar2 beriman pada ALLAH SWT kerana menolak keputusan jijik dan sesat N.AJIS dan hadi awang. moga org2 PAS yg masih taksub dan jahil diberi kesedaran

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online