Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kalau 700,000 tu tak roboh ke Stadium Merdeka tu?
BalasPadamHahaha, lawak sgt bunyinyer. Geli ketiak aku. Suka ati korang laa, 700k ke, 1juta ke, yg penting aku x terlibat dgn keja sisa sia tu.
BalasPadamMUNGKIN dia pakar matematik, but he's just a PEN PUSHER(maaf, aku geram kalau orang macam pandai, dianggap pandai dan cakap pandai).Bila dia menggunakan ruang 2sq.ft(2 ka persegi - 2'x1' atau +/- 17" x 17"), bermakna ANDAIAN Prof ni ialah:
BalasPadama. berJALAN ANAK dalam KEADAAN BERKAWAD
b. perserta semuanya BERTUBUH KECIL, e.g. kanak2 14 tahun.
c. Tak bawa barang...? Beg...dsb..?
Tengok badan Prof tu, suruh dia masuk dlm area 2sq ft; suruh dia bergerak beramai2;
- dia kena sendengkan badan dan jalan KAWAD KETAM
- haa...dia akan sesak nafas. INGAT, kena jalan at least 7km.
ADA SELESA KA Prof?(Ada nampak gambar orang tumbang tak, Prof? Belum kena kawad lagi tu..)
Meh...orang SPM kira..utk berjalan sejauh tu, selesa, bawa beg dsb...ada sedikit 'private space'...but still bergerak IN RYTHM(supaya kurang pijak kaki orang),setiap perserta memerlukan sekurang2nya 7.5sq ft.(3'x2.5' atau +/- 2.73'x2.73'). Dengan itu:
a. Jalan 40' x 1km boleh memuatkan 16 orang x 1093.6 orang = 17497.6 orang.
b. Jadi untuk 7 km, ada 122483.2 orang
c. Bagi ERR +\- 15% untuk kaw. lompong, orang saiz kecil, atau ada kaw. padat...+/- 18732.48 orang.
d. Jadi SECARA KASARNYA, ada diantara 104110.7 hingga 140855.7 orang yang bergerak di atas jalan tsb.
e. SANTAI kalu...kurang 104k orang. Nak Lebih 140k, kena RAPTAI dulu kot...
Bukannya salah Prof, bukan bidang dia. Ini bidang ERGONOMICS. Waullahua'lam.
EVLee
Sy kurang faham bagaimana kaedahnya prof. itu mengira.
BalasPadam“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000.."
Mungkin jika ada bantuan ilustrasi bergambar akan lebih jelas dan konkrit.
ada orang lagi pandai dr prof rupanya.. pada hal bengong
BalasPadam1 km dianggarkan 10,000 kaki?pakar matematik lemah conversion m to ft? 1 m = 3.280 ft..jauh beza tu..haha
BalasPadamHakhakhakk.. selamatkanlh aku dr lawak jenaka kaki bangkang ni.. adoyai,putus urat kentot.. matematik kantoi tp pangkat PROF?? tolonglaa..
BalasPadam