Artis dan juga pelakon, Farid Kamil berhasrat untuk menyaman blogger yang didakwanya memutarbelitkan isu pakaian seragam yang dipakainya sewaktu perkahwinan beliau.
Farid bersama Diana yang melangsungkan perkahwinan pada 3 November lalu mencetuskan kontroversi pada majlis persandingan berlangsung pada 1 Disember di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Putrajaya apabila Farid mengenakan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tetamu hadir pada malam itu turut dipertontonkan dengan persembahan lapan ekor kuda daripada Unit Berkuda PDRM.
Katanya, kontroversi yang berlaku pada majlis persandingannya itu berpunca daripada tindakan seorang penulis blog yang memutar belit fakta bertujuan memalukannya.
“Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa,” katanya.
Farid berkata, pakaian seragamnya itu tidak mewakili mana-mana pasukan beruniform. Malah, kontroversi itu sudah diselesaikan dan tiada apa-apa tindakan diambil dari PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya.
Katanya, tindakan akan diambil kerana faktor memalukan dirinya, memutar belit fakta sebenar, memburukkan hubungannya bersama ATM dan PDRM serta bertindak menjatuhkan hukuman padanya sebelum dibawa bincang.
“PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya,” katanya. - OB
p/s: Nasib baik gua tak main isu ni hari tu... Huhuhuhu...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kjee pun MPP. Tak kuasa! Lu sapa!
BalasPadamTu lah pasal Kjee.. Huhuhu...
BalasPadamEee perasan bagus je mamat ni. Kot yer pun reka seniri apsal ko pakai pangkat2 yg ada kaitan polis or tentera? Ko igt ko besar sgt ke just bcoz ko anak datuk. Eee, patut la dr dulu lg meluat tgk muka mamati ni.
BalasPadamPs- gambar admin tu aku pecah perut gelak hahahahaa