BREAKING NEWS

Pas pecat Nasharuddin kerana ikut Najib ke Gaza..

Mantan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS kerana “masalah displin”, kata Setiausaha badan itu Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Menurut Nik Zawawi, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok telah digugurkan jawatan pada 13 Januari lalu kerana melanggar peraturan parti.

Namun beliau enggan mendedahkan kesalahan yang dilakukan Nasharudin sehingga digugurkan daripada Majlis Syura Ulama parti itu.

"Ya, YB Nasharudin telah digugurkan daripada Majlis Syura Ulama sebelum beliau pergi ke sana lagi (Gaza). Ini tiada kaitan dengan (Datuk Seri) Najib (Razak)...beliau bukan ahli Majlis Syura Ulama lagi.

"Beliau telah melanggar peraturan-peraturan parti, kita tidak boleh sebut (kesalahan) beliau...yang mana beliau telah digugurkan pada 13 Januari lalu." katanya kepada Antarapos.

Tambah Nik Zawawi, kekosongan jawatan itu masih belum diisi.

Sebelum ini Nasharudin menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza dan dalam kenyataannya beliau enggan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.

Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.

Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut. - AntaraPos

6 ulasan :

  1. logik ke keputusan nak pecat ustaz nasha dibuat 13 jan 2013, tp baru la ni diberitahu ?

    BalasPadam
  2. Pas ni dah penuh dgn syiah...menipu dan hipokrit dah jadi rukun

    BalasPadam
  3. depa dok cakap BN gila kuasa depa pun buat perkara yang sama. Bagilah show cause letter dulu beb. Biaq pi lah PAS-piss-puss ni. Peduli apa aku parti yang mengaku lebih isle dari orang islam lain kat bumi melaya ni. Biaq dia terlungkup dalam PR 13 ni. Takkan aku pangkah dah pari keldai ni lagi selagi depa tak berubah.

    Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

    BalasPadam
  4. bukannya dia pegi balun china doll.... pegi mekah dengn pegi palestine.... benda baik tuk perpaduan islam... begitu la busuknya hati perut pemimpan paspispus sekarang kerana tunduk pd bendera mata satu...

    BalasPadam
  5. tajuk : Pas pecat Nasharuddin kerana ikut Najib ke Gaza.. tapi dalam laporan bgtau "Ya, YB Nasharudin telah digugurkan daripada Majlis Syura Ulama sebelum beliau pergi ke sana lagi (Gaza). Ini tiada kaitan dengan (Datuk Seri) Najib (Razak)...beliau bukan ahli Majlis Syura Ulama lagi.
    maap pening

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online