Tapi menurut komen ramai pelayar media sosial, drama SAHARA yang disiarkan oleh Astro Prima ni dikatakan telah menghina wanita Islam yang memakai Niqab di Malaysia..
Sebabnya.., pelakon dalam drama SAHARA tu dikatakan sangat tergedik-gedik berpegangan tangan serta berdating macam belangkas dengan jantan walaupun dia berniqab..
Banyak komen yang minta drama tu dihentikan kerana ia dikatakan merendahkan maruah wanita berpurdah dan menjatuhkan imej Sekolah Tahfiz yang dijadikan lokasi pengambaran drama tersebut..
Kat bawah ni ada satu komen peminat hiburan mengenai drama tersebut.. Gua sokong apa yang beliau katakan...
Kisah drama yang sebegini sebenarnya mengundang intepretasi Islam yang salah. Mana mungkin wanita yang berniqab tidak menjaga batasan dan bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram.
Kegagalan memahami content dan patuh syariah (syariah compliant) mengakibatkan pengarah dan lakon TV yang dihasilkan tidak mencapai standard piawaian Islam yang sebenar.
Apatah lagi dakwaan pihak tertentu yang menyatakan bahawa drama SAHARA sebagai drama dakwah komedi langsung tidak boleh diterima.
Jangan mengata bila orang agama asyik complain bila drama yang berkaitan dengan Islam ditayangkan....sebenarnya bukan complain tetapi menegur...jika produk drama yang dihasilkan memang kena dan betul pada tempatnya kami pun suka dan sokong.
Nampaknya industri drama kita memerlukan ramai lagi ZABIDI MOHAMED yang faham tentang drama patuh syariah. Penerbit, pengarah dan penulis skrip kita kena berguru dengan En. Zabidi ni bagaimana untuk letakkan content dan naratif drama yang patuh syariah ini supaya drama Islami yang dihasilkan kena pada tempatnya.
Kena pada tempatnya tu bermakna adil dalam memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang Islam.Iaitu memberi keadilan dengan memaparkan syariat Islam yang sebenar bukan hanya mencedok dan meletakkan tudung Islam kepada drama tersebut.
Apapun.., gua harap penyiaran drama-drama macam ni dipantau oleh pihak berkuasa agama pada masa akan datang.. Jangan sampai orang salah tafsir tentang Islam di Malaysia..
Kalau kita marah-marah bila kafir menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, takkan kita nak biar ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri..?
Pelakon watak Sahara bersama Pengarah drama.. |
assalamualaikum...pembetulan lokasi drama bukan sekolah tahfiz...maaf....ia dibuat disebuah pusat peranginan...sy 1 of the crew for this drama...betul ade yg kata ini mmpermainkan islam tp cuba lihat contentnya...dan realiti remaja sekarang...lihat pengajaran disebaliknya jgn trus butakan mata dn telinga sebb komen2 negatif tu....maaf kalau sy salah harap betulkan khilaf sy...
BalasPadamwoi anon-ngok jangan generalize apa yang ko nampak sekelompok tuh, and please dont speak behalf of them,talk about reality? talking nonsense are you?
BalasPadamshowing wrong message about the whole of the muslim women who wearing burqa/niqab is plain dumb you dumbass. there is no good message once u put wrong message about islam u idiot.
Niat tidak menghalalkan cara bro.. kadang2 apa yg orang lihat itu lebih banyak pengaruhnya..sama ada baik atau tidak baik.. jadi kenapa perlu kotorkan maruah agama demi content yang mungkin tak seberapa? perlukah jatuhkan imej wanita berniqab? adalah lebih baik tunjukkan bagaimana kebaikan wanita berniqab dan beragama..
BalasPadamovechkin macam nak protect agama, tapi kenapa sampai guna bahasa kasar? tak melambangkan seorang muslim... tsk tsk tsk.. apa pun, saya sokong drama ni dihentikan. kalau banyak negatif dari positifnye. confirm cerita ni boleh mislead orang ramai.
BalasPadam