BREAKING NEWS

Ketua Puteri Umno di Sabah jual body demi projek??? Biar betul beb!!!


Oleh : PAPPARAZZI SABAHKINI.NET

MENGGEMPARKAN! Sebaik sahaja mendengar khabar Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada seorang Timbalan Menteri dari Sabah telah menggunakan kedudukannya untuk mengatur kelulusan projek melalui imbuhan seks, Papparazzi telah bergegas ke Keningau.

Malangnya, salah seorang 'mangsa' yang menjadi habuan seks SUSK berkenaan ialah Ketua Puteri Umno salah satu bahagian di kawasan pedalaman Sabah.
Agak memalukan kerana Paparazzi yang membuat pengintipan sejak tiga minggu lalu terkejut melihat Ketua Puteri UMNO berselingkuh di Hotel Juta dengan SUSK berkenaan.

Paparazzi kesal kerana Ketua Puteri UMNO berkenaan sudah bersuami tetapi sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan projek bagi membiayai politik dan nafsunya. Mudah-mudahan suami Ketua Puteri UMNO berkenaan lekas sedar dan menyiasat sendiri kejalangan isterinya sebelum terlambat.

Paparazzi yang menginap di Hotel Juta selama tiga minggu agak terkejut kerana mendapati bukan sahaja Ketua Puteri UMNO berkenaan yang keluar masuk bilik di Tingkat 9, Hotel Juta; malah SUSK berkenaan turut melepaskan nafsu syahwatnya dengan Kontraktor Wanita dan Geisha yang dipasang kontraktor yang melobi projek 'Direct Award'.

Demi nama baik suami Ketua Puteri UMNO berkenaan, Paparazzi tidak bercadang untuk mendedahkan nama SUSK berkenaan buat sementara waktu; apatah lagi Papparzzi sedang mengintip kemungkinan besar Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendapatkan habuan yang sama; malah mungkin menagih korban perawan! - SabahKini.net


p/s: Betul ke cerita yang gua baca di laman web Sabahkini.net ni...?? Gua harap Ketua Puteri Umno Sabah dapat menafikan berita tersebut dan saman je laman web fitnah tu ye.. Jangan biar dorang sesuka hati je fitnah merata-rata...

6 ulasan :

  1. Bolehkah buat statement tanpa bukti? Setakat tulis je, berdozen artikel mcm ni aku pun leh buat.. Dah tunjuk bukti baru percaya.. Tuduh org berzina igt dpt pahala ke?

    BalasPadam
  2. Demi nama baik suami Ketua Puteri UMNO berkenaan, Paparazzi tidak bercadang untuk mendedahkan nama SUSK berkenaan buat sementara waktu; apatah lagi Papparzzi sedang mengintip kemungkinan besar Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendapatkan habuan yang sama; malah mungkin menagih korban perawan!

    -----------------------------------------------

    nampak sangat statement kat atas adalah satu tuduhan yg sangat tak berasas dan takde bukti...satu lg fitnah yg dihalalkan oleh wali2 pakatan yg menjadi kewajipan kpd sekelian umat nye...

    BalasPadam
  3. kalau tkde gambar atau video yang original, susah aku nak percaya cerita2 camni..nampak sangat macam direka untuk memfitnah.

    takkan le 3minggu dok sana asyik bersubahat mengintai je orang keluar masuk buat maksiat? apsal tak report jabatan agama?

    ish ish ish..politik punya pasal..agama tolak ke tepi?

    BalasPadam
  4. Mohon dedahkan bukti. Ini sebagai bukti ketelusan blogger berkenaan.

    BalasPadam
  5. salam aku bukan tak nak percaya citer ni dan nak percaya pun tidak juga sebab kita dikurniakan akal fikiran bukan apabila mendengar satu2 berita atau cerita yang elok atau tidak elok wajib bg kita menilai dengan akal yang waras berserta iman kebenaran berita tersebut.. secara logik laa kita umat manusia selalu akan percaya apabila berita itu disampaikan atau disiarkan berserta dengan bukti walau sudah ada bukti perlu juga kita nilaikan sahih atau palsu bukti itu andai benar berita dan bukti disertakan sahih kepercayaan akan berita tersebut pasti tidak berbelah bagi akan kebenarannya tapi andai berita yang disiar dengan bukti yang dimanipulasikan sukar untuk dipercayai apatah lagi berita yang tanpa bukti.. jadi mohon paparazi sabahkini.net siarkan juga bukti andai benar harap perkara ini diambil perhatian serius oleh pihak yang berkaitan.. andai tidak benar juga pihak yang berkaitan ambil tindakan kepada penyebar fitnah tersebut.. fahamkan dan renungkan.. salam

    BalasPadam
  6. yg mana satu bro??

    http://puteriumno.my/portal/kpub-sabah-2/

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online