Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajar rakyat berbohong kerana masih mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu sebagai Himpunan Shamsidar.
“Rakyat tidak hairan jika yang bercakap itu blogger upahan Umno yang tidak takut dosa dan pahala sedangkan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno merangkap Menteri Pelajaran,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Justeru, katanya tidak hairan jika murid sekolah bercakap bohong kerana menterinya seorang pembohong dan lebih memalukan lagi Muhyiddin adalah anak seorang tuan guru.
“Adakah layak seorang menteri terikut-ikut rentak Utusan Malaysia dan akhbar pro Umno yang menamakan Himpunan Shamsidar?
“Apakah otak seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri boleh berbohong walaupun satu dunia sudah maklum ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat, tidak ada kaitan langsung dengan Himpunan Shamsidar?
“Apakah pemimpin yang pembohong seperti ini boleh dipercayai untuk menjaga harta rakyat,” tanya Idris.
Baginya, jika perkara yang jelas seperti itu pun Muhyiddin boleh berbohong, cuba bayangkan perkara yang rakyat tidak mengetahuinya.
Katanya, patutlah nasib Melayu di Johor tidak terbela semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor.
“Pemimpin yang pembohong ini mesti dinyahkan daripada terus memegang kuasa, kerana ia amat merbahaya kepada negara,” ujarnya.
p/s: Kira ok lah kalau Muhyidin jadi blogger.., Idris Ahmad pulak cuma layak jadi pencacai angkat najis DAP je beb... Hahahaha...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Idris Ahmad?? Tak kenal pun
BalasPadamIdrid ahmad x kenal...tp kli mat deris kenal lah...
BalasPadam