HOT!!! Azhar Idrus dilabel sebagai Pak Lawak Negara!!

Posted by MPP On Khamis, 3 Januari 2013 8 comments
Gua tertarik dengan satu artikel dalam sebuah laman portal mengenai penceramah Azhar Idrus..

Menurut penulis tu, Azhar Idrus hanya pandai berlawak dan langsung tak memberikan dakwah yang berkesan..

Bagi gua, dakwah ni universal sebenarnya.. Ada yang berdakwah melalui ceramah.., ada yang berdakwah menerusi nyanyian Nasyid.., ada yang berdakwah menerusi penulisan dan ada yang berdakwah melalui politik..

Dan sejak akhir-akhir ni, banyak pulak gua tengok ustad-ustad yang mula berlawak dalam masjid untuk menarik pengunjung atas tiket dakwah..

Gua tak ada masalah dalam fenomena ni beb.., asalkan lawak tu taklah keterlaluan sangat, ok lahh.. Lagipun.., kalau nak dibandingkan berlawak dengan memaki hamun dalam masjid.., gua lebih prefer pada berlawak...

 Apapun.., terpulanglah pada penerimaan masing-masing.. Kalau sapa tak suka lawak.., jangan lah dengar ye tak.. Macam tu lah juga bagi sapa yang tak suka hiburan.., jangan lah baca atau tengok bab-bab artis kannn...

Gua ok je mana-mana pun... Azhar Idrus punya ceramah pun gua pergi dengar.., konsert Awie pun gua pergi layan beb.. Apa guna akal yang Tuhan bagi kalau kita tak tahu guna untuk bezakan yang mana baik dan buruk ye tak??

So.., jom baca artikel yang gua maksudkan tadi tu.. Yang baik kita buat tauladan.., yang buruk kita buat bodoh je lahh... Boleh? Huhuhuhu....


Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus.

Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.

Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.

Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan.

Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.

Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.”

Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.

Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.

Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah datang ke negara ini suatu ketika dahulu.

Cuma bezanya, Ahmad Deedat mengangkat martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.

Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan Islam. Jawapannya – Rating.

Ini kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.

Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan lawak-lawak bodoh.

Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.

Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.


Sumber ~ MYKMU

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100%

Tanpa Nama berkata...

bagi aku,cara UAI berlawak sgt menarik org muda...syabas ustz azhar...cuma satu je benda yg memang aq x berkenan psl ustz ni iaitu menyelitkan unsur2 politik dlm ceramah...

Tanpa Nama berkata...

Memang anda yang mengutuk usta z azhar kurang cerdik. Berapa ramai ank muda yang telah menemui hidayah asbab dakwah ustaz tersebut..positif la sikit..

Tanpa Nama berkata...

Wa mula2 dulu minat jgak kat UAI nie, tapi bila makin lama suka duk perlekehkan org, bodoh2 kan org, pada wa tu dah x betul..mak bapak wa pun x ajar buat mcm tu kat org lain..ni plak dlm masjid n surau2 plak tu, ini ke yg dikatakan kuliah agama??

Tanpa Nama berkata...

sokong sangat...UAI mg seorang pelawak...dan kerana kelebihan ini sy sngt trtarik pd penyaian beliau n mnjadikan beliau sbgai idola... i Love ulama

Tanpa Nama berkata...

ni lagi satu,main copy paste je...blog hampehhhhhhh setaraf sampah.....

jangker berkata...

kahkahkah...
gelakkan ajer dia UAI ni.
UML.Ustad mahaje lawak.
tah ye tah tidak.
Young couple masuk neraka dia kata, aku terbaca dlm fb, betul ke apa dia ckp?
Aku pun nak tanya dia, dia ke mana?
Boleh pasti ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam...sekurang-kurangnyer Ustaz tu bagi ceramah....kemudian di selitkan sikit lawak jenaka...nk tambah sedapkan ceramah tuh...salah ker...n then "penipuan"..??? aper yg penipunyer....soal hukum hakam.??.. ader ker dia tipu...?..soal politik tak boleh dipisahkan dengan agama...tipu ker tu...???...tapi terpulanglah kepada individu utk memtaksirkannyer...tepuk dade tanye IMAN...

Catat Ulasan

Media Online

Share

MPP Online