Tiba-tiba, gua dengar cerita kononnya ada sorang artis yang implan silikon payu daranya pecah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk satu rawatan kecemasan.
Apabila perkataan 'silikonnya pecah' digunakan dalam sebuah portal hiburan, mudah untuk pembaca berteka-teki, pernahkah aktres cantik itu melakukan pembedahan memasukkan silikon untuk mencantikkan payu dara miliknya?
Dia juga didakwa ada mendapatkan rawatan di Hospital Serdang atas komplikasi yang dihadapi.
Artis yang dimaksudkan ialah pelakon cantik dan popular Fazura. Beliau menafikan semua dakwaan tersebut dan mengesahkan semua yang dimiliknya adalah "Ori" belaka..
"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik," itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.
"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.
"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal," katanya.
Fazura menjelaskan asetnya memang asli dan dia tidak pernah berniat untuk "bersilikon" atau seumpama dengannya.
Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan.
Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.
"Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri," katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.
p/s: Gua pun heran..., nak besar-besar sangat buat apa? Tak berat ke nak usung kesini sana? Hehehehe...














