BREAKING NEWS

Pertahankan kerajaan Islam.. Dewan Ulamak PAS mahu Kerajaan Perpaduan??


Mempertahankan kerajaan Islam merupakan tanggungjawab beragama dan satu jihad, manakala mereka yang bertindak mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam dibimbangi termasuk dalam mati sebagai mati jahiliyyah.

Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali .

Katanya, kebimbangan mati sebagai mati jahiliyyah itu selaras dengan peringatan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; "Sesiapa yang mati sedangkan tiada di tengkuknya sebarang bai'ah (janji setia terhadap pemerintah Islam) maka dia mati sebagai mati jahiliyyah".

Beliau berkata, pemerintah dalam Islam merupakan pengganti kepada Nabi s.a.w. bagi menggalas tugas menegakkan agama dan mentadbir negeri dan negara berlandaskan prinsip dan dasar agama yang menekankan konsep ihsan, keadilan dan kebajikan.

Menurutnya, kerajaan dan pemerintah yang melaksanakan amanah kepimpinan mesti ditaati dan dipertahankan sepertimana firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud; "Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu".

Katanya, oleh itu, ahli-ahli PAS digesa berbai'ah dan mempertahankan kerajaan Islam dan menegur kemungkaran pemerintah sekiranya berlaku dengan hati dan lidah mereka.

"Ia merupakan dua kewajipan beragama yang perlu dilaksanakan oleh umat beriman," katanya ketika dihubungi Harakahdaily kelmarin.


p/s: Kenapa tiba-tiba saja Dewan Ulamak keluarkan "arahan" supaya pertahankan Kerajaan Islam di Malaysia?

Adakah Dewan Ulamak PAS sudah mula nampak kafir nak rampas kuasa pemerintahan dari orang Islam?

Atau pun Dewan Ulamak PAS dah bagi hint untuk mulakan agenda baru Kerajaan Perpaduan antara PAS dan Umno? Jeng.., jengg.., jengggg...

2 ulasan :

  1. TEPUK DADA TANYA SELERA,LU SEMBAHYANG ,BACA QURAN HARI...FIKIRLAH SENDIRI

    BalasPadam
  2. Tak habis-habis lagi mainkan isu kafir. Mereka ni tak takut laknat Allah ke? Pas bukan Agama, Pas adalah parti politik yang tak mampu pertahankan Islam di Selangor. Pemimpin Pas pertahankan gereja!

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online