Gua yakin.., gerenti puak-puak pemuja Pok Nik meroyan sakan lepas ni sambil mencarut-carut kat Mashitah tu..
Biasalah.., dorang mana boleh duduk diam kalau 'Nabi' dorang dikutuk hatta gunakan sebaris ayat sekalipun.. Macam tu lah taksubnya puak-puak Pas kepada Pok Nik...
Gua rasa.., kalau dalam Islam dibolehkan menyembah sesama manusia.., mesti berduyun-duyun penganut Pas akan sembah Pok Nik beb.. Betul tak?
Apapun.., jom baca artikel dari Dr Mashitah yang gua petik dari Sinar.. Yang buruk jadikan sempadan, yang baik kita ambik buat panduan ye...
------------------------------------------
Pada zaman kegemilangan Islam, cendekiawan dan ulama Muslim menjadi pemimpin dalam hal agama dan pelbagai cabang ilmu, termasuk penubuhan universiti dan perpustakaan. Mereka adalah pelopor, pencipta dan ahli inovasi. Orang Barat mengiktiraf mereka sebagai “torch bearers of civilisation”.
Tetapi hari ini, keadaan jauh berubah. Masyarakat Islam lebih terkenal dengan kemiskinan dan kemunduran, sering berbalah sesama sendiri dan perang saudara, bersikap fanatik, taksub dan dikaitkan dengan keganasan.
Dari segi politik dan ekonomi, umat Islam tidak serata – ada yang stabil, kucar-kacir; ada yang kaya dan miskin. Malaysia boleh dianggap negara Islam terbaik dan termaju di kalangan lebih 50 anggota OIC. Namun, di kalangan umat Islam negara ini, masih berpecah belah dan tidak bersatu.
Apakah peranan ulama dalam menyatupadukan umat Islam? Dalam keadaan masyarakat Islam masih berpecah-belah di negara kita, adakah ulama membantu mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim, atau menyumbang kepada kemerosotan keadaan?
Ulama bertaraf mujaddid. Mereka dihormati dalam masyarakat kerana dianggap berpengetahuan luas dalam bidang agama dan berpendidikan tinggi. Manakala kita mengalu-alukan keikhlasan dan komitmen para ulama yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka, ada juga orang bergelar ‘ulama’ bersikap sebaliknya.
Bagi golongan kedua ini, kebanyakan mereka bermula dengan tujuan baik, yakni untuk mengabdikan diri kepada ALLAH SWT dan melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut ajaran al-Quran dan hadis. Tapi ada yang tergelencong akibat beberapa faktor yang merubah sikap, perangai dan cara berfikir mereka sehingga akhirnya percakapan, tindakan dan keputusan jelas menyeleweng dan bertentangan dengan Islam.
Kata Moinuddin Ahmed, penulis buku “Ulama: The Boon and Bane of Islamic Society” (New Delhi, 1990): “The ulama, like any other category of intelligentsia, are the products of their own education, culture, environment, political influence and personal factors of name, fame and fortune. As such, each individual turns out to be different from the other.” (ms 2)
Imam Ghazali menegur golongan ulama yang turut menyumbang kepada kemunduran ilmu dan kemerosotan moral. Dalam karangannya, Ihya Ulumuddin, beliau berkata, ulama adalah perawat tapi hakikatnya, ramai ulama sebenarnya ‘sakit’ dan memerlukan rawatan. Dalam karangan lain, Al-Munqidh min al-Dalal, Imam Ghazali berkata merananya rakyat adalah kerana pemerintah, manakala merananya pemerintah adalah kerana ulama.
Benar sekali kata-kata Imam Ghazali. Dalam sejarah Islam, ramai ulama yang asalnya baik, tawaduk dan bertanggungjawab, akhirnya terpesong kerana tamak kuasa, harta dan nama. Pemerintah dan pemimpin selepas wafatnya Rasulullah SAW adalah para ilmuwan dan hakim, namun selepas itu, terdiri daripada para ulama yang tidak mampu memimpin umat, gagal mentadbir dan menjadi punca kepada perbalahan dan konflik antara sesama Muslim.
Ada ulama yang merasakan diri mereka lebih benar, lebih hebat dan lebih Muslim. Mereka tidak mahu lepas jawatan dan mahu berkuasa untuk tempoh lama walaupun sudah tua dan uzur. Mereka mengkritik dan menghina Muslimin lain, tetapi tidak boleh terima kritikan atau teguran. Mereka sering mengeluarkan fatwa mengelirukan dan salah, serta mengkafirkan orang lain. Mereka mahu pengikut taksub kepada mereka. Inilah antara punca kemunduran umat dan merosakkan imej Islam.
Ulama seperti ini dipanggil ulama fasiq atau ulama suk. Sepanjang sejarah Islam yang panjang, termasuk pada zaman pemerintahan Umaiyyah, Abbasiyyah dan Moghul, banyak kisah ngeri dan menyedihkan yang menimpa tokoh-tokoh imam, pemimpin dan umat Islam akibat kerja ulama fasiq.
Benarlah juga pesanan Rasulullah SAW bahawa akan tiba masa apabila ada di kalangan umatnya yang akan mengharamkan yang halal, dan menghalalkan yang haram. Perkara ini sudah pun berlaku di Malaysia.
Ini mengingatkan saya kepada jenaka Hazrat Mujaddid Alf-Sani r.a, yang mana ceritanya: Ada seorang alim pernah terjumpa Iblis, yang kelihatan sugul dan sedang melepak. Lalu beliau bertanya: “Hai Iblis, kenapa kamu melepak saja? Iblis menjawab: “Ulama hari ini sedang buat kerja yang sepatutnya aku lakukan, sebab itu aku tak ada kerja lagi.”
Yg menjatuhkan fatwa pon bulu kening halus.....entah la....
BalasPadamNanpaknyaa pok nik kena cukoq kening juga lahhh.......kehkehkeh......
BalasPadamkt dunia boleh la,,,,,kt Akhirat kita tgok la sapew yg betol...camera allah tu ade kt mane2.... x mcm camera AES....mcm sial....tau mkn duit org...itu pon do lg sokong....bodo
BalasPadamLg teruk sokong ulamak mangkok...
BalasPadamDah nak wat camno, biorkan dia ngan fatwa dia lg pun umno dah suruh, nak wat gapo. Kita tengok je.
BalasPadamIngat semua AMALAN dan isihati dan KETAKWAAN kita ALLAH mengetahui!janganle ingat PAS dh diterima ALLAH 100%.
BalasPadam