BREAKING NEWS

Nasrudin CABAR Anwar dedah harta..

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu usaha untuk memulihkan persepsi rasuah negara.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri dan para menteri yang melaungkan politik baru pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) supaya mengisytiharkanharta masing-masing.

Tidak lupa juga kepada rakan sejawat saya dalam Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata sedemikian setelah Malaysia mencatatkan markah ‘gagal peperiksaan’ 49/100 di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) 2012 yang baru diterbitkan.

“Indeks persepsi rasuah yang baru diumumkan, Malaysia naik 6 anak tangga ke tangga 54 daripada 183 negara. Walaupun saya agak gembira dengan peningkatan ini, kegembiraan itu terbantut apabila melihat markah keseluruhan Malaysia hanya 49 daripada 100 markah.

“Kalau dinisbah kepada pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan 49/100 belumpun mampu meraih markah C,” kata beliau.

Nasrudin berkata markah 49/100 yang diperolehi menunjukkan bahawa rata-rata rakyat berpandangan bahawa rasuah masih membelenggu sektor awam negara ini.

“Maknanya rakyat masih cenderung berpandangan bahawa kebarangkalian berlakunya rasuah yang melibatkan jentera pentadbiran adalah tinggi.

Pendapat ini sememangnya bukan semata-mata persepsi atau ilusi, sebaliknya urus tadbir negara khususnya berkait dana awam sememangnya sangat membimbangkan,” kata beliau.

Perkara itu, kata beliau, jelas berlaku dengan laporan audit saban tahun yang mendedahkan berbilion ringgit akibat ketirisan daripada pelbagai projek kerajaan.

Nasrudin juga menyatakan sokongannya kepada cadangan TI-M untuk memperkenalkan akta ketelusan maklumat bagi menjamin ketelusan dalam tadbir urus negara.

Katanya, akta itu bakal membolehkan rakyat tahu dan semak dokumen-dokumen berkaitan supaya sebarang ketirisan dan penyelewengan duit rakyat tidak boleh diklasifikasikan ‘rahsia kerajaan’.


p/s: Kalau anak kepada Tantawi ni berani, cuba try suruh Anwar Ibrahim dan semua kepimpinan isytihar harta dulu laaa... Mampus Nasrudin berani beb... Huhuhu

1 ulasan :

  1. sokong! apesal bila indeks transparancy dapat markah macam tu, hanya disalahkan kepada pemimpin BN je? dia ni lupa ke ramai pemimpin PR pon sekarang dah jadi pemimpin negeri & turut menyumbang kpd markah indeks tu?

    Pilah mintak Anwar & Guan Eng isytihar harta depa dulu.

    dah lupa ke macam mana x-President Transparancy International Malaysia, Tunku Aziz dedahkan Guan eng cuba rasuah dia bila dia nak keluar dari DAP???

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online