BREAKING NEWS

HOT!!! Bas pemain Malaysia dikepung selepas menang 2-0..


Panas beb!! Maklumat yang baru gua terima mengatakan bas pasukan Harimau Malaya telah dikepung setelah menang 2-0 ke atas Indonesia tadi..

Bas tersebut khabarnya dikepung oleh penyokong-penyokong Malaysia yang mendesak supaya Rajagopal dikekalkan sebagai jurulatih Malaysia untuk seumur hidup..

Dorang juga khabarnya mendesak supaya FAM menaikkan gaji jurulatih terbabit setelah Rajagopal berjaya membawa skuad Harimau Malaya ke separuh akhir..

Dengan laungan "Hidup King Gopal" dan juga nyanyian "King Gopal tetap dihati".., terdapat sebilangan penyokong pasukan negara dilihat menitiskan airmata apabila jurulatih terbabit keluar melambai-lambaikan tangan menerusi tingkap bas..

Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan Indonesia menerusi jaringan Azamuddin Akil pada minit ke 26 dan juga Mahali Jasuli pada minit ke 29..

Kemenangan ni membolehkan Malaysia mengisi tempat ke separuh akhir Piala AFF 2012 seperti yang diharapkan oleh seluruh peminat tegar Harimau Malaya..

Apapun.., tahniah buat seluruh pemain pasukan negara dan juga barisan jurulatih yang berjaya menunjukkan peningkatan selepas dimalukan oleh Singapore pada perlawanan pertama hari tu..

Keep it up dan majulah sukan untuk negara.. Hidup Man U!!!

7 ulasan :

  1. glory...glory man u!

    BalasPadam
  2. Bodo punya manure fan

    BalasPadam
  3. salam....
    Hemm....kalau menang..semua di sayangi...kalau kalah..perghh...habis sehina hinanya.Mcm nilah...
    Pasukan Malaysia perlu mengubah corak perlawanan dan harus mempunyai daya kreatif dalam segala aspek serangan mahupun pertahanan.Mental dan semangat untuk melawan walaupun ketinggalan jaringan harus di beri fokus utama.Bagi saya,Syabas Malaysia memang mlm ini.Namun masih terdapat lagi kelemahan yg alpa di bahagian pertahanan..Rajagopal....pilihlah pemain yg benar benar mantap..! Anda hari itu telah membuang AZAMUDDIN AKIL..sedangkan beliau adalah pemain yg kreatif dan deras larian..!dan skrg beliau berharga..! tunggu perlawanan seterusnya.Akhir kata...bola sepak Malaysia tetap suam suam kuku..

    BalasPadam
  4. Chaiiitttt.... Ingat amendernya..... Wat saspen je tajuknya....

    BalasPadam
  5. Kjee I love this I share ya....fnas kita bagus...tak fanatik macam fans Indon bayangkan kalau game ni kat INDON habis kita dihamput dengan banner yang kureng ajar fan kita mana ada buat macam..kita fokus pada game..apa pun malaysian are simply the best..tabik spring la

    BalasPadam
  6. Teruskan sokong pasukan kita, tak kira walaupun kalah! Sudah adat permainan ada menang & kalah.

    Kalaulah ditakdirkan harimau malaya kalah lwn thailand nanti (moga dijauhkan), aku nak tgk apa reaksi penyokong2 malaysia nanti :)

    BalasPadam
  7. Bila menang diangkatnya sampai langit ke tujuh,..tapi bila kalah jer sekali nak ditanamnya Rajagobal tu hidup-hidup !

    agak-agak laaa...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online