Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tidak terus membisu terhadap isu tuntutan masyarakat supaya beliau menarik kembali amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.
Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, menurut prinsip Islam, Abdul Hadi perlu memperbetulkan semula kesalahannya supaya masyarakat tidak terus keliru.
Beliau berkata, Pas sendiri telah melanggar amanat yang dibuatnya kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP atas dasar tahaluf.
"Kita minta supaya Abdul Hadi respons kepada tuntutan masyarakat supaya dia membetulkan balik apa yang salah. Itu prinsip Islam, kalau kita buat sesuatu yang salah maka kita perlu betulkan balik.
"Kalau dia kata dahulu tidak boleh kerjasama dengan kafir, kemudian dia buat kerjasama dengan DAP, dia kata dalam parti dia boleh atas dasar tahaluf, jadi sekarang dia kena betulkan masyarakat semua, jangan betulkan dalam parti dia sahaja, itu yang kita minta," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian sambutan 100 tahun penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Abdul Hadi masih membisu biar pun pelbagai pihak termasuk beberapa bekas ahli Pas mendesak beliau supaya menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.
Mahmood berkata, amanat tersebut tidak betul dan telah difatwakan oleh MAIK kerana bercanggah dengan ajaran agama serta membahayakan akidah serta perpaduan umat Islam.
"Tetapi dalam menerima dan mengamalkan sesuatu orang lebih melihat kepada siapa yang berkata, jadi orang melihat beliau sebagai pemimpin parti maka mereka akan ikut dia.
"Bagaimanapun, nyata sekarang Pas sendiri telah melanggar amanat itu dengan adanya kerjasama dengan DAP, maka dia kena baiki. Kalau dalam parti dia perbetulkan, maka masyarakat pun perlu diperbetulkan, jangan tinggal begitu sahaja, jangan diam begitu sahaja," katanya.
Katanya, pemimpin lain dalam Pas tidak boleh memberikan respons bagi pihak Abdul Hadi kerana beliau adalah Presiden Pas.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
tok guru Hadi Awang peduli apa kan...sebab puak2 DAPigs tu sume nye dah diampunkan dosa nye oleh nabi Nik Ajis alaihisalam....memang dah konfem ahlil syorga tu...
BalasPadam