BREAKING NEWS

Anwar dan Pakatan adalah Penjajah Ekonomi negara!!

Perwakilan Umno menyamakan pembangkang sebagai penjajah yang merosakkan ekonomi negara dan menggesa kesemua ahli parti bekerja keras untuk merampas semula negeri ditawan.

Seramai enam perwakilan membahaskan usul ekonomi yang dicadangkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin.

“Pembangkang ini umpama penjajah, sudah lupakah kita semasa dijajah dulu? Ekonomi orang Melayu ketika itu sangat teruk.

“Adakah kita mahu keadaan itu berulang?” kata Datuk Ramli Norani, perwakilan daripada bahagian Sungai Besar.

Ramli turut mengecam pembangkang menuduh negara akan bankrap selepas pembentangan Bajet 2013.

“Mereka kata kerajaan tidak pandai menguruskan ekonomi negara, tapi adakah mereka pandai memerintah negeri mereka?” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan tentang nasib kaum bumiputera semasa zaman penjajahan dahulu yang disifatkannya sebagai sangat menyedihkan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengubah nasib kaum bumiputera, ramai peniaga-peniaga kecil sudah berjaya sekarang.

“Walaupun negara berhutang, tapi semua itu adalah demi untuk memberikan bantuan kepada rakyat,” tambah Ramli.

Sebelum itu, penyokong usul tersebut Senator Norliza Rahim, perwakilan daripada Bukit Gelugor turut senada apabila menuduh Pakatan Rakyat tidak pandai menguruskan ekonomi.

“Baru-baru ini di Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata nisbah hutang negara adalah 25.7 peratus dan dikatakan paling tinggi.

“Pada 2008, GDP (keluaran dalam negara kasar) ialah 5.7 peratus tetapi turun kepada 1.8 peratus dalam suku tahun ini.

Ini meletakkan Pulau Pinang di tangga ketujuh sedangkan suatu ketika dahulu sentiasa berada ditangga paling atas.

“Ini buktikan mereka tak boleh mentadbir dan pandai bercakap sahaja,” tambah perwakilan Wanita Umno merujuk kepada kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu.

Dalam usul ekonomi yang dibentang oleh Idris menyokong langkah oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain kerana ia membantu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat.

Selain itu, Idris dalam pembentangan menggesa kerajaan memperkasakan lagi Skim Pembiayaan Mikro untuk usahawan kecil bumiputera dengan memberi penambahan peruntukkan dalam Amanah Ikhtiar Malaysia dan skim pembiayaan Tekun Nasional.

Semalam, Najib berkata Malaysia akan hilang kedaulatan dan ekonomi musnah dalam tempoh tiga tahun selepas PR memerintah.

Menurut Najib, jika janji-janji PR dalam Buku Jingga dilaksanakan, ekonomi negara akan musnah seperti negara Greece.

“Pada tahun pertama seandai (Buku Jingga) dilaksanakan, defisit bajet Kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus.

“Kedua, menjelang tahun 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus.

“Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti negara Greece,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan dasarnya presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut Najib senarai janji-janji PR tidak lojik untuk dilaksanakan dan bertujuan untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya.

“Jika disenarai, mereka mendakwa kononnya mampu menjamin pendapatan purata bulanan setiap isi rumah Malaysia pada kadar RM 4000, menghapuskan tol dan hutang PTPTN, memberikan elaun khas kepada guru sebanyak RM 500 sebulan dan menaikkan royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online