Saifuddin Nasution mendakwa, ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.
“Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung Keadilan tersebut.
Najib menyebabkan pemimpin-pemimpin Pakatan panas punggung apabila menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, di hadapan ribuan perwakilan Umno.
“Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno,” kata Saifuddin lagi.
p/s: Ek elleehhh... Meroyan pulak mamat ni bila Najib hentam bos dia.. Punya suka lah Najib nak berucap macam mana pun kann.. Yang anak Nasution tu nak bising pasal apa..? Dia nak jadi Presiden Umno ke?
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan