BREAKING NEWS

Ada jugak yang buta perut dalam JPJ tu yee...


Dalam sibuk-sibuk pihak JPJ berkerjasama dengan syarikat AES untuk mendidik pemandu di Malaysia mematuhi undang-undang, rupanya di pihak JPJ sendiri ada yang buta perut..

Punyalah besar signboard petak khas OKU kat situ, tapi besar tu jugak la batu dalam kepala pemandu didalam gambar tu untuk parking kat kawasan berkenaan.

Kalau penguatkuasa sendiri tak boleh nak ikut undang-undang, baik jangan jadi penguatkuasa.. Itu makan gaji buta namanya beb..

Dan sepanjang pengetahuan gua, tak ada pemandu OKU dalam Jabatan Pengangkutan Jalan.. Mungkin dorang baru ambik agaknya kot untuk memenuhkan parking khas tu..

Gua cakap betul.., gua memang anti pada sesapa yang parking di petak OKU ni kalau dia tu bukan kurang upaya..

Bagi gua, orang biasa yang parking di petak OKU tu adalah kategori orang kurang waras dan pemalas tahap biawak..

So tak sangka pulak dalam JPJ sendiri ada spesis macam tu.. Memang hamlau betul!! Puiii !!!

3 ulasan :

  1. Kakitangan JPJ bukan betul pun. Mereka nk didik pengguna mereka sndiri lagi samseng di jalan raya. Mereka xperlu hormat pengguna lain krn mereka rasa ada 'lesen' besar menyaman. Pernah saya di himpit oleh kenderaan JPJ di jalan raya kerana mereka tidak sabar untuk memotong, dgn gelagat pegawai2 berreben hitam merenung saya, tidka ubah seperti SAMSENG..

    siren/ lampu mereka tidka nyalakan bermaksud bukan dlm tugasan meronda atau mengejar kenderaan... tiba2 AES datang mahu ajar kita? Mereka JPJ lah yg paling kurang ajar..sbb itu mereka tidak dihormati oleh pemandu kenderaan berat..

    BalasPadam
  2. JPJ adalah manusia... namun mereka akan takut sekiranya adanya penguatkuasaan terhadap mereka secara berkala... setiap kesalahan perlu dihukum sewajarnya demi meningkatkan imej JPJ itu sendiri... jgn asyik nak didik rakyat dengan AES ... pegawai2 di JPJ lebih sudu dari kuah sahaja....

    BalasPadam
  3. mungkin ada pro n kotra pd gambar ni...logiknya jika diperhatikan pada kon dibelakang mpv tu milik jpj.boleh jadi ini di premis jpj @ pun tidak,jika ya,knp tak diletakkan di parking khas kenderaan mereka?mungkin juga mreka sdg melaksanakan tugasan tertentu yg memerlukan priority parking tersebut memandangkan ianya terletak dihadapan laluan masuk@laluan utama ke dlm bangunan (kebiasaannya parking OKU sememangnya dekat pintu masuk), mugkin ada dokumen, brg rahsia @ berdarjah yg ingin dipindahkan. knp memerlukan dua petak parking utk 1 mpv? mungkin ada troli yang akan digunakan untuk memindahkan sesuatu ke dlm mpv tersebut. mungkin jgk...klu nk kata pemalas dan bodoh pun mungkin jgk

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online