BREAKING NEWS

Pas tak berani sentuh Izzah pasal takut kat Anwar..

Seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan berkata kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama baru-baru ini melanggar prinsip akidah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Harun Taib, menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan.

Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

“Tetapi adakah (Datuk Seri) Nik Abdul Aziz akan ada dalam jemaah menteri pembangkang?” tanya beliau.

Harun juga ketika mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya anggota parlimen Lembah Pantai itu bertaubat dan menarik balik kenyataannya berkata, Nurul Izzah tidak perlu berbuat demikian.

Ismail yang juga antara pengasas PAS berkata apa yang dituturkan oleh anggota parlimen Lembah Pantai itu ternyata melanggar prinsip-prinsip berkaitan akidah dalam Islam.

“Ikut kaedah dalam Islam, akidah boleh rosak dengan tiga cara iaitu melalui perkataan, perbuatan dan iktikad (niat dalam hati)... majlis (forum) yang dibuat itu juga tak betul sebab dibuat di gereja,” katanya. “Nampak macam PKR nak tarik undi bukan Isla.”

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 November lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya pada forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?” di Subang Jaya, Selangor. — Bernama

1 ulasan :

  1. Pas ada ada tuhan baru? Lepas ni boleh la solat orang Pas kiblatkan Bukit Segambut.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online