BREAKING NEWS

Pas meroyan bila HAMAS sayang Umno..

Hamas menghargai peranan dan sokongan UMNO terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan berkata, UMNO juga banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Jelas beliau, UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

"Dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza baru-baru ini, kita dapat melihat kerajaan Malaysia dan UMNO menyatakan kecaman terhadap Israel.

"Kami amat menghargai sokongan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Forum Antarabangsa UMNO 2012 yang dirasmikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Hamdan merupakan seorang daripada ahli panel dalam forum sempena Perhimpunan Agung 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang itu yang bermula hari ini hingga esok.

Berhubung fenomena 'Arab Spring' yang membawa kepada peralihan kuasa pemerintahan di beberapa negara di Asia Barat, beliau memberitahu, negara-negara terbabit perlu menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang sedang dihadapi ketika ini.

Tambah Hamdan, negara-negara yang dilanda fenomena 'Arab Spring' memerlukan masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

"Proses peralihan kuasa tidak dapat dilakukan dalam masa sehari, namun kita dapat lihat ada kemajuan dari segi politik di Mesir dan Tunisia," ujarnya.

Dalam masa sama, beliau percaya perubahan senario politik yang berlaku di rantau Asia Barat akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat antara negara-negara Arab dan dunia Islam.

2 ulasan :

  1. UMNO cakap dan bikin. Pas cakap je tapi tak bikin. Maka Pas bikin tak serupa cakap. Lain di mulut lain di hati..

    BalasPadam
  2. pas kata nak buat hudud tapi apabila pemimpinnya ditangkap kerana berzina ada paderi pas ampunka dosa ... umat pas lantik penzina jadi pemimpin ... takbir ....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online